Tuesday, 11 August 2015

Siapa Menteri Ni Yang Berani Sindir Najib?


Siapa Menteri Ni Yang Berani Sindir Najib? Datuk Paul Low berkata mana-mana dana politik hanya boleh disalurkan ke akaun parti dan bukan akaun peribadi pemimpin, lapor Sinar Harian edisi atas talian hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perkara itu akan ditekankan dalam cadangan bagi mewujudkan akta berkaitan pendanaan politik di Malaysia kelak.

“Parti politik boleh peroleh dana dengan pelbagai cara termasuk keahlian, kutipan derma, dana daripada orang ramai dan korporat.


"Kita boleh benarkan syarikat korporat menyumbang kepada parti tapi ia mesti didedahkan kerana rakyat perlu tahu.

“Kita juga kena pastikan dana disalurkan bukan ke akaun peribadi. Ia mesti masuk ke akaun parti kerana jika masuk ke akaun peribadi, agak sukar untuk dipertanggungjawabkan,” katanya seperti dilapor portal itu hari ini.

Siapa Menteri Ni Yang Berani Sindir Najib? 

Isu dana politik menjadi perbincangan hangat mutakhir ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan yang wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri datang daripada seorang penderma Timur Tengah.

Umno kemudian menjelaskan yang wang itu adalah derma politik yang disalurkan terus ke akaun Datuk Seri Najib Razak.

Pada Sabtu, Najib mendakwa SPRM mengesahkan beliau bersih daripada rasuah berhubung wang itu, yang diterimanya bagi pihak Umno, di mana beliau merupakan presidennya, dan bukan untuk kegunaan peribadinya.

Beberapa ahli Kabinet Najib sebelum ini berkata, tidak salah wang disalurkan ke dalam akaun peribadinya kerana beliau mempunyai kapasiti menjadi pemegang amanah bagi Umno.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata menjadi amalan biasa bagi pemimpin politik untuk menyimpan wang dalam akaun amanah bagi partinya.

Semua perbincangan tersebut membawa kepada cadangan supaya undang-undang atau garis panduan yang bersesuaian dirangka bagi mengawal selia pendanaan politik di negara ini.

Low berkata, mutakhir ini, pemimpin politik dan rakyat sudah bersedia menerima perubahan itu yang mendatangkan kebaikan kepada negara.

“Ketika saya di TI (Tranparensi Antarabangsa Malaysia), kami cuba untuk usahakan peraturan dalam dana politik ini. Memang sukar, ada banyak masalah. Tapi hari ini, berdasarkan perbincangan dengan ahli politik dan juga orang awam menunjukkan mereka sudah bersedia.

“Jadi, kami kena teliti perkara ini. Bagi memastikan kami gubal rangka yang sesuai untuk membuat peraturan itu bagi memastikan dana tidak sepatutnya tidak memasuki parti politik,” katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.


Iklan B (ii)








3 comments:

  1. Tabik tuan Singh ! Menteri yang beragama Islam patut malu dengan menteri ini, terutama menteri yang jaga hal-ehwal agama Islam.

    ReplyDelete
  2. Kenapa mesti cadangan..
    Apakah setelah ketua kamu kenyang baru ku nal cadangkan. Sedangkan undang2 SPRM begitu nyata menyatakan apa yg diperolihi oleh Najib itu mmg satu kesalahan rasuah.

    Mengapa mesti menidakkan undang2 yg telah ada

    ReplyDelete
  3. selesaikan kes najib ini dahulu, kemudian baru cerita pasal peraturan dana itu ....sprm belum habis siasat lagi najib sudah declare dia bebas dari rasuah .... kalau duit itu bukan duit rasuah, duit datang dari siapa..??? RM2.6 bil. dari luar negara tidak melalui Bank Negara ke ....??? Yang pi pusing merata dunia duit 1MDB tu apa pasal....??? Bullshitt le najib dan puak umno ......kau orang dah songlap duit kerajaan melalui 1MDB, kau orang boleh kata 'derma' ....!!!!!!! selama ini itulah kerja umno ye....???? ....tak cukup dengan kontrak-kontrak, kau orang sedut pula sebagai 'derma'................!!!!!!!!!!!!!!! mudah-mudahan Allah laknat kau orang semua......

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...