Wednesday, 5 August 2015

Shafie Afdal Belas Dendam


Shafie Afdal Belas Dendam.Susulan dipecat daripada Kabinet, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membatalkan jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada merasmikan mesyuarat Umno bahagian Semporna di Sabah yang dijadualkan pada 15 Ogos ini.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Shafie sebaliknya menggantikannya dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima nasib sama disingkir daripada pentadbiran Najib disebabkan kritikan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Senario politik sudah berubah," kata sumber dalam Umno yang rapat dengan Shafie.

Pegawai Najib yang dihubungi The Malaysian Insider bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas tentang perkara tersebut.


Sementara itu, pegawai Shafie yang kini sedang bersama pulang ke Sabah juga tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai pembatalan jemputan itu dan hanya minta The Malaysian Insider menunggu sehingga 15 Ogos ini.

"Tunggu sehingga 15 Ogos," katanya merujuk kepada tarikh mesyuarat Umno bahagian Semporna.  

Difahamkan, jemputan kepada Najib itu dibuat sebelum rombakan Kabinet Selasa lepas.

Shafie Afdal Belas Dendam 

Shafie pulang ke Semporna semalam, kerusi Parlimen yang disandang sejak 1995 dan merupakan kepulangan pertama selepas disingkir daripada Kabinet.

Shafie tiba kira-kira jam 11 pagi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan disambut lebih 200 penyokongnya serta deretan kereta mengiringi pulang ke kediamannya di Semporna.

Ribuan orang meraikan Shafie dengan menaikkan kain rentang dan sorakan menyatakan sokongan kepada kepimpinannya walaupun kini tidak berada dalam Kabinet lagi.

Beberapa wakil Pertubuhan Kadasan Dusun Murut Malaysia (KDM), yang mewakili masyarakat bumiputera di negeri tersebut juga hadir bagi menyambut Shafie.

Shafie, bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, adalah salah seorang daripada beberapa menteri yang secara terbuka mempersoalkan cara Najib mengendalikan skandal 1MDB.

1MDB, yang dimiliki Kementerian Kewangan dan cetusan idea Najib, ketika ini sedang disiasat berhubung hutang terkumpulnya mencecah RM42 bilion.

Penyiasat juga melihat kepada dakwaan yang sejumlah RM2.6 bilion wang daripada syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.



Iklan B (ii)







4 comments:

  1. Bak kata orang tua-tua, 'umpama Belut pulang ke Lubok..Semporna-lah akhir-nya..

    ReplyDelete
  2. BUKAN balas dendam, sebenarnya kalau kita lihat apa yang telah berlaku, Najib tidak layak untuk hadir merasmikannya. Jika ada bahagian yang menjemput Najib, bahagian itu sahlah akan terkena najis yang dibawa oleh Najib antaranya, pembohong, diam-diam dapat derma RM2.6B, menzalimi TSMY dan SA, apakah dosa mereka sehingga dipecat sebegitu rupa.

    ReplyDelete
  3. Kalau aku pun tak sanggup nak panggil si pembohong dan perompak utk meresmikan mesyuarat perwakilan. Rasa jijik.
    Kami sentiasa dibelakang kamu Datuk Shafie

    ReplyDelete
  4. Salam anon 17;40 SAYA AMAT SETUJU KOMEN TUAN APAKAH DOSA MEREKA YG MENEGAKKAN KEBENARAN DAN HUKUM ALLAH S.W.T ALLAH HU AKBAR,

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...