Friday, 28 August 2015

Rupanya Ini Yang Ditakutkan Pemimpin BN Pasal BERSIH 4..


Pelbagai analisis sudah dibuat tentang Bersih 4 ini. Ada yang berpendapat harus dan ada pula yang berpendapat bahawa Bersih 4 ini hanyalah sekadar satu gimik politik pembangkang dalam terus mengukuhkan cengkaman survival politik mereka di negara ini.

Namun persoalannya, siapa yang sebenarnya memberikan ‘nyawa’ kepada Bersih 4 ini untuk kembali bangkit dalam arena politik negara? Andaikata isu-isu berat seperti 1MDB mahupun isu dana politik ini diadili sewajarnya oleh Perdana Menteri serta pasukannya maka hari ini Bersih hanyalah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

Dalam erti kata lain, Barisan Nasional yang sebenarnya membuka ruang kepada kumpulan ini untuk mengambil kesempatan dengan segala kekusutan politik saat ini.

Haruskah Kerajaan Tegas pada Bersih 4?

Benarkah Bersih 4 ini bakal membawa harapan baru kepada rakyat negara ini serta menjadi satu platform rakyat untuk sampaikan mesej meminta Perdana Menteri berundur. Atau Bersih 4 ini hanyalah sekadar satu hiburan hujung minggu semata-mata?

Realitinya, segala permasalahan hari ini dalam politik negara adalah berpunca daripada ketidakcekapan pemerintah dalam menafi serta melawan pelbagai persepsi dan spekulasi negatif yang melibatkan kredibiliti Perdana Menteri. Ini ditambah pula dengan serangan demi serangan oleh media antarabangsa yang gagal ditangkis oleh media tempatan pro pemerintah.

Maka ketika rakyat memerlukan satu platform untuk melepaskan kekecewaan terhadap ketidakupayaan pemerintah dalam berdepan isu-isu politik ini lalu muncullah Bersih 4 ini bak wira yang kononnya menggalas suara 30.9 juta rakyat Malaysia.

Adalah sia-sia andaikata kerajaan cuba untuk mengekang kumpulan ini daripada berhimpun kerana hakikatnya persepsi kononnya kerajaan bersifat autokratik dan menindas suara rakyat Malaysia daripada berhimpun secara aman akan dimainkan dan diviralkan dalam media sosial. Soalnya, jika Bersih 4 ini berhimpun sekalipun apa manfaat kepada negara?



Bersih, dimana Bersihnya?

Apa sebenarnya yang telah tercapai dan dicapai sejak penganjuran Bersih 1 hinggalah kepada Bersih 3? Harus diakui bahawa kesemuanya gagal sama sekali memberikan momentum kepada politik negara. Tiada sebarang pembaharuan dalam politik pemerintah. Apa lagi yang dapat diwar-warkan sebagai pencapaian terbaik kumpulan pro Bersih 4 ini selain daripada perhimpunan ini dijadikan medan ceramah oleh politikus pembangkang yang kemudiannya bertukar ganas dengan pergaduhan antara para peserta demonstrasi dan pihak berkuasa.

Malah, ada pandangan sinis pula menyimpulkan Bersih 4 ini lebih bertumpu kepada strategi menjual cenderamata seperti tshirt berbanding benar-benar gerakkan rakyat marhaen untuk melakukan revolusi menumbangkan kerajaan. Di Malaysia, sebelum berevolusi, harus menjual dan mempromosikan cenderamata Bersih terlebih dahulu serta keuntungan diutamakan berbanding objektif perhimpunan itu sendiri. Hakikatnya, Bersih secara langsung bukannya tentang revolusi rakyat marhaen tetapi menjadi medan memperalat kuasa membeli rakyat.

Apa Harapan Rakyat?

Apakah rakyat masih ada harapan di negara ini sedangkan kerajaan semacam lembap dalam mendengar suara rakyat sementara pembangkang pula berpura-pura mendengar suara rakyat sedangkan hakikatnya tidak sebegitu. Pembangkang perlukan kuasa. Bersih 4 perlukan sokongan rakyat. Maka hubungan Bersih 4 dan pembangkang ini umpama simbiosis. Atau dalam kata lain, ‘I jaga you, you jaga I.’

Terimalah kenyataan bahawa revolusi tidak mungkin sama sekali akan berlaku dinegara ini kerana walau apa jua terjadi sekalipun, selepas himpunan bersih 4 ini, rakyat marhaen harus kembali bekerja dan mengharungi rutin harian seperti biasa sementara kerajaan akan tetap berfungsi tanpa apa-apa perubahan dalam konteks kepimpinan. Dan yang paling penting, Barisan Nasional akan terus berkubu di Putrajaya.

Inilah realiti politik di Malaysia.

Raziq Michael adalah pembaca FMT


Iklan B (ii)







7 comments:

  1. Sebenarnya BERSIH ini memangnya sebenar-benar bersih yang tak bersihnya ialah pehak berkuasa yang sedang dikongkong oleh UMNO bukannya BN sebabnya bakal ikut bersama bersih ada juga komponen BN yang tidak setuju dengan perjuangan UMNO yang berjuang khusus untuk melayu dan abaikan bangsa lain,itulah sebab wahid yang menjadikan BERSIH itu menjadi tidak bersih ,pada pehak penguat kuasa seperti Dewan Bandar Raya ,Polis dan penguatkuasa yang lain mereka sepatutnya bebas tidak menebelahi mana-mana pehak jika benar hendak melihat yang perhimpunan BERSIH itu benar-benar bersih kerana peserta bersih tidak bermotifkan tunjuk perasaan atau membawa senjata,sebaliknya pembuat provokasi yang menyebabkab tercetusnya kekacauan seperti NGO yang sudah pun menonjolkan diri mereka untuk membuat kecoh,tapi adakah pehak polis ambil pot untuk mengawal gejala itu,inilah soalan besar dan cepumasnya,polis tidak bertindak disebelah yang selamt tapi bertindak untuk pertahan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Kalau dh negara makin tenat, revolusi ke tak revolusi ke... mgkn kali ni perhimpunan lagi hebat dari yg lepas2.. Rakyat dh hilang sabar, dh x tahan dh.. Jgn pandang remeh. Sememangnya rakyat Malaysia tak suka huru hara mcm negara lain tapi tak mustahil berlaku kan? Kalau dh smpi tahap melampau sgt2 ....

    ReplyDelete
  3. Mempersulit org lain yg ada urusan, menyakiti mrk, kan ke haram ?
    Mengganggu para peniaga dan pemandu pemandu teksi mencari rezeki halal, kan ke haram ?
    Percampuran secara bebas, pendedahan aurat, kan ke haram ?
    Pededahan diri dan anak anak kpd kemudharatan dan kemalangan serta tindakan tindakan kasar pihak pihak tertentu, jugak kan ke haram ?

    Apa pulak kesan positifnya, selain melahirkan rasa tak puas hati ?
    Berbaloi ke ?

    ReplyDelete
  4. itu kata kau tapi kata rakyat berbeza.

    ReplyDelete
  5. Bersihkan negara dari sarang rasuah dan korupsi kroni yg berleluasa

    ReplyDelete
  6. Saya rasa penulis yang tidak peka...bukankah gelombang BERSIH sedikit demi sedikit telah meruntuhkan dinding kebal kubu UMNOBN. PRU 12 & PRU 13 contohnya telah ,mengurangkan majoriti undi UMNOBN...cuma UMNOBN sekarang bernafas kuasa dengan mainan silap mata peti undi. PRU baru lalu bukan sahaja ada calon UMNOBN hilang deposit malah ada calon yang undinya cukup tipis...undi pembangkang yang hilang deposit kerana kebodohan pecah undi. Mana-mana kuasa yang zalim suatu masa dan ketika akan jatuh juga akhirnya dengan kesabaran gerakan rakyat berterusan secara evolusi.

    ReplyDelete
  7. penganut Islam wajib berpegang teguh pada prinsip Islam ...tidak ada tolak ansur ....jangan sampai menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal demi untuk kepentingan politik..................Allah telah memberi amaran: sesiapa memperniagakan agamanya (Islam) pada harga yang sangat murah, neraka jahanamlah tempatnya........!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...