Saturday, 29 August 2015

Berita Mengejutkan Hari Ini..


Peristiwa Luar Jangka Akan Berlaku Di Johor Sekiranya. Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini bakal menjadi penentuan "hidup dan mati" bagi masa depan politik Muhyiddin Yassin dalam parti itu. Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya.

Untuk mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dalam mesyuarat MT yang berikutnya tentu saja tidak relevan lagi, kecuali jika Timbalan Presiden UMNO itu terus lantang mengkritik Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta secara terbuka.

Walaupun Muhyiddin mula mendapat sokongan dan simpati daripada pelbagai pihak sebaik terdengar ura-ura beliau akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.

Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti.

Katanya, tindakan pembubaran itu diambil sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan yang dihadapkan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu memandangkan beliau tidak terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah atau moral yang mewajarkan pemecatan diambil terhadapnya.

Jika dipecat, kata pemimpin itu, kesalahan Muhyiddin hanyalah kerana bercakap benar dan berterus terang untuk menyelamatkan UMNO.

Katanya, cawangannya sendiri adalah antara yang paling awal dibubarkan sekiranya nasib buruk menimpa Muhyiddin pada mesyuarat MT UMNO itu.

Beliau menambah, mereka hanya mengambil keputusan membubarkan cawangan UMNO yang bermakna akan menghentikan segala aktiviti dan kegiatan berkaitan parti, tetapi tetap bersama UMNO sebagai ahli biasa sahaja.

Peristiwa Luar Jangka Akan Berlaku Di Johor Sekiranya

Meskipun tidak dapat menjangka jumlah tepat cawangan UMNO yang akan dibubarkan sebagai tanda protes itu, pemimpin terbabit meramalkan akan terdapat antara tiga hingga lima cawangan dari setiap bahagian akan mengambil keputusan tersebut.


Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu. Dan ini sekaligus merupakan berita baik bagi pembangkang di Johor yang sudah pun mempunyai 18 kerusi DUN di negeri itu.

Muhyiddin pula, meskipun sedang bercuti di luar negara bersama keluarga ketika ini, namun tidak santai dibuatnya lantaran menyedari kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO ibarat "telur di hujung tanduk" menjelang mesyuarat MT yang akan datang ini.


Seolah-olah turut mengesan gerakan untuk menyingkirkannya sedang giat dijalankan di dalam negara, beliau lantas mengingatkan bahawanya dirinya bukanlah pengkhianat parti seperti yang dituduh oleh banyak pihak.

Dalam kenyataan medianya semalam, Muhyiddin mengatakan sumbangannya kepada parti sudah melebihi tempoh 40 tahun dan ketika pelbagai krisis melanda UMNO, beliau tetap setia bersama parti itu.

Malah, katanya, ketika UMNO diharamkan dahulu, beliau mengambil tanggungjawab membina semula UMNO di Johor sehingga ia kembali kuat dan menjadi penyumbang kepada kemenangan BN setiap kali pilihanraya diadakan.

Beliau sebaliknya mahukan kemelut yang melanda ketika ini harus dihadapi secara berani dan berdepan atau akan mengakibatkan terjerumus menjadi negara yang gagal.

Blog ini pula, dua lalu lalu telah mendedahkan pengakuan seorang pegawai tinggi di ibu pejabat UMNO yang mengatakan akan terdapat "operasi kedua" dalam masa terdekat ini yang akan menyaksikan semua masalah Najib dalam parti itu dapat diselesaikan.


Pegawai itu berkata, selepas "operasi kedua" yang menyaksikan Najib tiada masalah lagi dalam parti, beliau seterusnya dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada usaha menghadapi pilihanraya ke 14 yang dijangka akan diadakan pada 2018 nanti.



Iklan B (ii)







6 comments:

  1. Balasan Allah tu.....aku x sokong dua2 pun.....

    ReplyDelete
  2. Ye begitulah rasanya DSAI dihumban dari jawatan TPM...dimalukan....dihumban pula kekamar berjeriji.....sekurang2nya TSMY sudah dapat merasai sedikit kesusahan hati & jiwanya....tetapi masih bernasib baik tidak disumbat kekamar berjeriji....

    ReplyDelete
  3. Kami rakyat Johor mahu Tan Seri Muhyiddin menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Najib tidak layak utk jadi PM. Zahid Hamidi tidak layak utk TPM. Rakyat Johor akan bangun memprotest. Nama umno dan malaysia buruk kerana Najib

    ReplyDelete
  4. Selagi UMNO memerintah selagi itulah tidak ada apa yg boleh mengubah apa2 keputusan penting yg telah dibuat..
    Sebab itu TGHA mengambil tindakan yg lebih terkedepan dari pembangkang yg lain..
    Itulah taktik PAS yg bijaksana iaitu mahu tapaukan UMNO sekaligus.. barulah cerdik berpolitik.. kalau setakat nak jatuhkan najib seorang (spt yg sdg dilakukan oleh pihak pembangkang selain PAS).. pak lah pun pernah dijatuhkan dulu tapi pembangkang tak ke mana pun..

    Cubalah sekali sekala berfikir cara ulamak berfikir bukan ikut cara DAP berfikir semata2!

    ReplyDelete
  5. apa dapat sokong diaorang nie??? ada dapat pulus??

    ReplyDelete
  6. Betul kata anda saudara wan rosli,,,,,,,,,tetapi hakikat keadaan negara sekarang teruk di kerjakan oleh manusia melayu yang membangsat kemukinan terjadi pada melayu akan datang,,,,,,,PM sekarang harus di tukar!!!!!! jikau hendak pulihkan negara(bina kerajaan sementara) dahulu,,,PM sekarang terus berkuasa adat kata BM tak akan tumbang(kalah),,,kerana ramai manusia dimalaysia(melayu) mudah di beli,,,PM banyak wang lagi......dalam masa lebihkurang tiga tahun macam-macam boleh buat dengan wang itu,,,oleh yang demikian hakikat melayu mudah lupa,,,,,,akan apa yang dialami sekarang,,,,terbaca 1.5 juta lagi warganegara luar akan dimasukkan,,,,,sekarang pun dah ramai jadi pengudi di PRU yang lepas,,,,,,saudara datang ke langkawi,,kampung bukit malut adalah pendatang ramai yang layak mengudi,,macam2 alamat(kedah,kelantan,terengganu dan lain2 lagi) ini hakikat kami di sini tahu.....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...