Wednesday, 26 August 2015

Pemimpin PAS Terkejut Dengan Artikel Ini?


Pemimpin PAS Wajib Artikel Ni. PAS seharusnya memberikan keadilan kepada pemimpin dan ahlinya sebelum memberikan keadilan kepada rakyat, kata bekas naib presidennya Datuk Husam Musa hari ini.

Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana ia boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia, soal beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian

Husam yang masih tidak sihat dan sedang menerima rawatan berkata, menjelang muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci maki di luar adab Islam berlaku.

"Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat? Adakah ini dibenarkan oleh Islam?" soal beliau dalam perutusan bertulisnya sempena majlis dialog di kawasannya pada Isnin.

Dalam perutusan itu, Husam juga mempertikaikan tindakan PAS membentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat.

Katanya, akta yang hanya satu alat politik ini menyebabkan PAS bersama Umno memecahbelahkan parti, merosakkan imej dan melemahkan kedudukan PAS.

Akta itu dibawa sebagai rang undang-undang persendirian yang mengikut rancangan asal dibentangkan pada sidang Parlimen bulan April tetapi kemudiannya dibawa ke bulan Jun dan kemudian ditangguhkan ke hujung tahun ini.


Pemimpin PAS Terkejut Dengan Artikel Ini?

"Namun, selepas 2 sesi Parlimen berlalu dengan kehampaan, seakan PAS dipermainkan oleh Umno. Soalnya, mengapa PAS semudah itu diputar belit Umno?" soalnya.

Beliau juga mempertikaikan tindakan membawa rang undang-undang itu ke Parlimen secara terburu-buru tanpa pengetahuan PAS Pusat.

"Mengapa ia dibawa tergesa-gesa tanpa pengetahuan PAS Pusat? Akhirnya difahamkan, diputuskan untuk diserahkan semula kepada kerajaan Pusat," katanya.

Dalam perutusan itu, Husam juga mempertikaikan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

"Keadaan pentadbiran Kelantan sekarang menjadi buah mulut rakyat.

"Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Al-Marhum Tok Guru," katanya merujuk kepada bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antaranya kata Husam, melibatkan kemewahan hidup para pemimpin, lawatan ke luar negara yang sangat kerap dan pengagihan kekayaan negeri kepada kroni tanpa tender.

Perkara ini kata Husam, sepatutnya dipantau PAS Pusat.


Iklan B (ii)







1 comment:

  1. RUU itu sekadar nok bui tau rakyak Kelate bahwo PAS ingin Hudud..bwat la skit2...lepah tu ditolak atas dasar teknikal....ustaz2 tu tau ko prosedur pembentangan RUU sehingga layak menjadi UU..tak mace lilit serbe....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...