Tuesday, 11 August 2015

Video Mengejutkan Buat Seluruh Ahli Umno.. Saksikanlah


Najib 'Terkencing' Jika Melihat Video Ini. Sebuah video yang mengkritik keras Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dengan mendakwa pemimpin tertinggi parti itu 'kencing' atau menipu rakyat menjadi viral di media sosial.

Dengan nada tinggi dan berbaur sindiran seorang anggota Wanita Umno, Anina Saaduddin, lantang menyuarakan pendapatnya di sebuah persidangan perwakilan Wanita Umno.

“Datuk Seri presiden dah kencing tiga juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.

“Saya minta Majlis Tertinggi Umno bawa Datuk Seri Najib 'pi' (pergi) berubat,” katanya dalam dialek utara.


Namun, di sebalik kemarahannya, Anina menegaskan beliau tetap menyokong Umno dan akan terus mengundi Barisan Nasional (BN).

“Saya sokong Barisan Nasional. Demi Allah, saya Umno. Walau apa pun, saya pangkah Barisan Nasional," katanya dengan nada suara yang tinggi.

Najib 'Terkencing' Jika Melihat Video Ini

Wanita itu turut menegaskan, kritikan beliau adalah disebabkan rasa cinta dan sayangnya terhadap parti Melayu itu dan beliau tidak mahu dirinya dipertikai ekoran ucapan yang dibuatnya tersebut.

“Jangan pertikai kesetiaan saya kepada Barisan Nasional, kepada Umno. Tapi kita lihat kepada presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari.

"Setiap hari kencing kita, keluar dekat televisyen merata-rata" katanya dengan nada marah dan loghat Kedah itu.

Rakaman ucapan beliau tersebut viral di laman Facebook dan setakat ini mendapat tontonan lebih 230,000 pengguna media sosial.

Tidak dapat dipastikan beliau ketika itu sedang menghadiri mesyuarat bahagian atau cawangan Umno yang mana satu.




Sumber



Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...