Sunday, 23 August 2015

Najib Terkedu Dengan Pendedahan Ini


Najib Terkedu Dengan Pendedahan Ini. Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai “isu semasa” dan berkata beliau tidak takut tindakan akan dikenakan terhadapnya.

Hamid berkata beliau masih dibayar gaji oleh kerajaan dan sedia maklum mungkin ada akibatnya kerana bercakap secara terbuka, tetapi menambah kesetiaannya adalah kepada negara dan agama.

“Insya-Allah, saya akan berpegang kepada janji untuk mendedahkan perkara berkaitan isu semasa. Kesetiaan saya kepada negara dan Tuhan. Jika saya mati ketika melindungi dua perkara ini, saya puas hati,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Mereka boleh ambil tindakan terhadap saya, tetapi tidak kepada 30 juta rakyat Malaysia,” katanya. Beliau bagaimanapun agak segan apabila diminta menjelaskan isu yang akan didedahkannya itu.

Hamid, yang memulakan kerjayanya dengan unit risikan polis, Cawangan Khas, baru-baru ini ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai timbalan pengarah di bahagian jenayah rentas sempadan, melapor terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau pada mulanya berang dengan pertukaran mendadak itu dan mempunyai sehingga 17 September untuk buat keputusan sama ada menerima atau tidak jawatan berkenaan.

Pertukarannya dibuat selepas tindakan turut diambil terhadap agensi penguatkuasa lain yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  

Awal bulan ini, dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukarkan selepas agensi itu disiasat atas tuduhan membocorkan maklumat berkaitan siasatan 1MDB dan draf kertas pertuduhan ke atas Najib yang disiarkan laman web Sarawak Report bulan lalu.

Bagaimanapun, berikutan ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu, dua pegawai kanan berkenaan dikembalikan semula kepada jawatan asal mereka dua hari kemudian.

Semalam, Hamid bercakap mengenai satu kumpulan rahsia yang dikatakan cuba membenam skandal 1MDB dan menghalang lebih banyak isu daripada menjadi perhatian.

Beliau menggelar kumpulan itu "Geng Hang Tuah", diambil sempena pahlawan Melayu ketika zaman kesultanan Melaka yang terkenal dengan kesetiaannya terhadap Raja.

Hamid menyebut mengenai kumpulan itu dalam satu temubual dengan Malaysiakini ketika menjelaskan siapa yang beliau anggap menjadi dalang dalam pesanan Whatsapp yang mendakwa beliau akan memfailkan laporan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana beliau dengan cepat menafikannya.


Putrajaya didakwa cuba menutup siasatan 1MDB selepas Najib merombak Kabinetnya pada 28 Julai, menyingkirkan beberapa menteri yang kritikal terhadap caranya mengendalikan syarikat sarat hutang itu.

Rombakan itu turut menyaksikan kenaikan pangkat empat wakil rakyat yang juga ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang menyiasat 1MDB, menyebabkan pendengaran siasatan mengenai 1MDB itu tergendala hingga ahli baharu dipilih.

Peguam negara juga ditukar ketika siasatan 1MDB berlangsung, disusuli dengan pembubaran pasukan petugas khas yang mengetuai penyiasatan berkenaan.

Pada masa sama, tujuh pegawai SPRM disoal siasat atas tuduhan membocorkan maklumat, sementara bekas penasihat SPRM dan pegawai guaman di Pejabat Peguam Negara juga ditahan serta disoal mengenai dakwaan kebocoran maklumat berkaitan 1MDB itu.

Terbaru, pegawai di Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur, diberhentikan kontrak perkhidmatannya dan taraf pemastautin tetapnya di Malaysia ditarik balik.

Beberapa pegawai Bank Negara Malaysia juga turut disoal siasat.

Pemindahan Hamid digambarkan sebagai “biasa” oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang menafikan dakwaan menyingkirkannya daripada Cawangan Khas.


Iklan B (ii)






1 comment:

  1. KE MANA PERGINYA DUIT 1MDB HINGGA BERHUTANG RM42 BILLION, NAJIB...??? DAN KEMANA PERGINYA DUIT RM2.6 BILLION YANG MASUK KE DALAM AKAUN KAMU ITU NAJIB ......ITU DUIT KERAJAAN MALAYSIA ....DUIT RAKYAT MALAYSIA ....BUKAN DUIT UMNO ..........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...