Sunday, 16 August 2015

Najib Pasti Menggelupur Jika Tahu Berita Ini?


Najib Pasti Menggelupur Jika Tahu Berita Ini? Seorang tokoh UMNO didakwa sedang berusaha usaha untuk mendapatkan Akuan Bersumpah daripada Ahli Parlimen sama dari Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan perkara tersebut setelah mendapat maklumat dari sumber-sumber yang beliau sangat percayai.

“Sehingga kini ada 88 Ahli Parlimen pembangkang termasuk bebas dan ada usaha untuk menarik Ahli Parlimen BN menyertai usaha itu.

“Hairannya, ia diketuai oleh pemimpin UMNO, tetapi saya tidak mahu menamakan siapa. Biarlah masa yang menentukan,” katanya sewaktu berucap bagi merasmikan UMNO Bahagian Ampang Kali Ke 12 pada Sabtu.

Najib Pasti Menggelupur Jika Tahu Berita Ini? 

Mengulas lanjut, Zahid menyatakan peguam kepada tokoh UMNO itu sedang menyiapkan memorandum sebanyak tujuh helai.


Ia juga disertakan dengan kertas kuning untuk disembahkan kepada Yang DiPertuan Agong dan ia akan dikepilkan bersama akuan berkenaan untuk menyatakan mereka mendapat suara majoriti.

Jelas Zahid lagi, selaku Menteri Dalam Negeri, dan juga Timbalan Perdana Menteri yang baru sahaja dilantik, beliau tidak akan membiarkan perkara sedemikian berlaku.

“Sebagai Timbalan Presiden, Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan benarkan ia terjadi.



Iklan B (ii)








4 comments:

  1. Undi tak percaya ni klu dibuat di parlimen, maka ia sah. Dalam perlembagaan ada. Nak halang orang ikut perlembagaan buat apa?

    ReplyDelete
  2. Ini lagi satu TPM tong kosong. Bukan dia tak tau semua org dah meluat dengan Najib. Buat 2 bodo pulak. Di mana aku pergi walaupun ke kedai runcit,apa yg aku dengar adalah sumpahan demi sumpahan kat Najib. Semua org tau yg PM Malaysia yg sebenarnya adalah Rosmah.

    ReplyDelete
  3. Bagus Zahid, aku sokong mu kerana aku rasakan RM$ akan merudum lagi dan aku nak tengok gelagat daya ketahanan sabar rakyat malaysia sejauh mana. Alhamdulillah ! rakyat Malaysia, masih tak bertindak secara menyeluruh. Beruntungnya jadi pemimpin dinegara malaysia - biaq pi lah, mampuih (mampus) pi lah kat depa.

    ReplyDelete
  4. Ni namanya nak menjatuhkan Najib, bukan menggulingkan kerajaan. Selain Najib adalah nanti yang berikutnya kerana hari ini menteri2 sebok hal berpolitik bukan buat kerja membela nasib Melayu.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...