Monday, 10 August 2015

Najib Menerima Tamparan Hebat Dari Kaum Keluarganya


Najib Menerima Tamparan Hebat Dari Kaum Keluarganya. Serangan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) turut mendapat perhatian  Datuk Seri Nazir Razak.

Adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu memuat naik gambar 4 pegawai tertinggi SPRM termasuk Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim di laman Instagramnya sebagai tanda sokongan terhadap agensi tersebut.

Bersama gambar tersebut, beliau turut menulis kapsyen: "Individu yang baik."

Selain itu, dalam kapsyen, Nazir juga menyatakan lindungi institusi SPRM dan membenarkan dan menggalakkan mereka menjalankan tugas tanpa takut dan bimbang.


Najib Menerima Tamparan Hebat Dari Kaum Keluarganya

Pada Jumaat Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu disiplin" berkuat kuasa serta merta.

Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas tujuh pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu dua kali dan dua daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu.

Susulan daripada itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meminta Putrajaya mengembalikan dua pegawai kanannya dan sebagai balasannya menawarkan dirinya untuk diambil tindakan.


Iklan B (ii)








2 comments:

  1. Ini maknanya secara tersirat Najib, Zahid Hamidi, Khalid adalah 'orang jahat' ?

    ReplyDelete
  2. hanya lakonan untuk meredakan kemarahan malaysian, kalau betul ikhlas, dah lama dia cakap direct dengan abangnya suruh berundur.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...