Monday, 31 August 2015

Muhyiddin Serang Najib Lagi..



Muhyiddin Serang Najib Lagi. Ramai pihak berpandangan negara ini sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan yang parah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, sambil menyatakan kredibiliti pemimpin kini semakin dipersoal.

Timbalan presiden Umno itu berkata, kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah semakin longgar dan kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara juga kini luntur.

Katanya, rakyat semakin resah apabila semakin hari, prinsip integriti dan akauntabiliti kelihatan semakin terhakis dalam pentadbiran negara.

Pegawai-pegawai kerajaan yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ditamatkan perkhidmatan, ditukar, diugut dan diambil tindakan."Kebebasan institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia seolahnya semakin disekat."

Tidak dapat dibayangkan dalam sejarah perkhidmatan awam negara kita, terdapat pegawai kanan kerajaan yang berdedikasi sanggup bersuara lantang menentang pihak atasan yang cuba mencabuli prinsip perkhidmatan awam yang adil, tegas dan berkecuali," kata Muhyiddin di laman Facebook beliau dalam Perutusan Hari Kebangsaan malam ini.

Muhyiddin berkata, ada pemimpin politik mengugut untuk menyekat kebebasan rakyat daripada menyuarakan pandangan terutama di media sosial kerana tidak sanggup lagi mendengar kritikan dan teguran yang semakin hari semakin lantang.


Selain itu, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, rakyat yang berani menegur tindak tanduk pemimpin akan digelar pengkhianat dan dituduh berniat menggulingkan kerajaan."

Muhyiddin Serang Najib Lagi

Mereka ini jelas tidak dapat membezakan antara menegur pemimpin dengan menggulingkan kerajaan adalah 2 perkara yang berlainan."Betapa ramai pemimpin negara sebelum ini yang menerima teguran, tetapi kerajaan terus kekal, malah bertambah kukuh," katanya.

Beliau yang digugurkan daripada Kabinet dalam satu rombakan pada hujung Julai lalu juga berkata kredibiliti pemimpin makin dipersoalkan sambil institusi demokrasi dilihat tidak lagi berfungsi dengan baik kerana ia ditekan dan dikawal dengan ketat oleh mereka yang berkuasa.

Katanya, beliau bimbang selagi kemelut besar kepimpinan tidak dapat diselesaikan, selagi itulah negara dan kerajaan akan terus dibebani dengan masalah defisit kepercayaan yang semakin parah."

Bagi saya, isu kepercayaan ini akan dapat diselesaikan jika negara kita kembali dipimpin berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan bertanggungjawab kepada rakyat," kata Muhyiddin.

Merujuk kepada tema sambutan Hari Merdeka tahun ini, iaitu "Sehati Sejiwa", beliau menggesa rakyat membentuk kesatuan hati atau "wahdatul qulb" bagi membina semula kepercayaan terhadap negara dengan mengembalikan kepimpinan yang berintegriti, berakauntabiliti dan bertanggungjawab

Sumber

Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...