Saturday, 8 August 2015

Muhyiddin Dedah Tembelang Najib Lagi..


Muhyiddin Dedah Tembelang Najib Lagi. Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.

Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan selepas The Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.

"Saya tanya dia dari mana sumbangan itu datang, dan dia (Najib) kata 'dari Timur Tengah, tetapi saya tidak boleh sebut nama',” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, Najib memberitahunya bahawa pendemra Timur Tengah itu mahu wang RM2.6 bilion tersebut dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.


Muhyiddin Dedah Tembelang Najib Lagi

"Saya tanya dia (Najib), kenapa ia masuk ke akaun dia? Dia jawab, 'penderma beritahu saya supaya masukkan ke akaun saya'.

"Ada boleh percaya? Bila orang bagitau, percaya sajalah," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata beliau hanya diberitahu mengenai deposit wang RM2.6 bilion itu selepas pendedahan WSJ.

Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam ucapannya di perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagiannya, di Pagoh, Johor.


Iklan B (ii)








3 comments:

  1. Selaku Timbalan Presiden, MY tidak sepatutnya menggunakan isu utk memburukan pemimpin parti kepada ahli-ahli Umno @sayap parti. Ini kerana bkn semua yg hadir dan mendengar ucapan disampaikannya terdiri dari penyokong atau bersimpati dengannya.Mgkn ramai berpendirian sebaliknya dan menyokong keputusan yg dibuat oleh pemimpin parti dan kerajaan terhadap tindak-tanduknya.

    ReplyDelete
  2. Setuju tuh.. maka terus2an lah UMNO berantakan... mmg bijak TGHH dan TGHD memberi sokongan yg membawa rebah kpd najib.. x seperti pembangkang lain yg hanya nk jatuhkan najib yg memungkinkan muhyiddin mengambil alih.. lalu kuatlah UMNO kembali di kala pembangkang yg semakin lemah kecuali PAS!!

    ReplyDelete
  3. Ada apa yg menutupi hati2 mereka yg masih menyokong pm dengan isu2 yg berlaku skg..buta hati namanya apabila isu besar yg berlaku mcm x ada apa2 kesalahan pun.sebenar2nya umno akn lebih disegani dan lebih berpengaruh jika semua isu terjawab.spt yg diminta muhyyiddin.bukan jwb mcm kita ni semuanya berotak ikan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...