Wednesday, 26 August 2015

MB Pahang Sindir Najib Dan Menteri Kabinet?


MB Pahang Sindir Najib Dan Menteri Kabinet? Menteri Besar Pahang bersama 12 Ahli Exco Kerajaan Negeri akan mengisytiharkan harta masing-masing sebagai usaha berterusan menangani rasuah.

Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pengisytiharan berkenaan akan dilakukan secepat mungkin iaitu selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco esok.

"Kita akan isytihar harta yang kita ada dan mungkin dari semasa ke semasa kalau ada tambahan atau pelupusan harta, kita akan lapor kepada SPRM.

"Saya sendiri akan mengemukakan penyata kewangan dan akaun kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan ini mungkin mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 minggu.

"Justeru saya harap SPRM dapat memberi masa kepada kerajaan negeri untuk mengisytiharkan harta masing-masing sebagai satu komitmen untuk menangani gejala rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan wacana SPRM Pahang bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Senator di Kuantan, hari ini.

MB Pahang Sindir Najib Dan Menteri Kabinet?

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali, Pengarah SPRM Pahang, Datuk Zainul Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, (JKMR) Datuk Fauzi Abd Rahman.


Mengulas lanjut, Adnan berkata pada masa kini Exco Pahang merupakan negeri pertama yang mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM.

"Kita tidak minta pujian mana-mana pihak tapi mungkin kita negeri pertama (isytihar harta)... tapi saya ingat langkah ini boleh menyedarkan masyarakat bahawa kerajaan negeri Pahang, Menteri Besarnya, dan Exconya ada bersama untuk memerangi rasuah," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa berkata pihaknya menyambut baik langkah pemimpin kerajaan negeri Pahang yang bersatu dalam memerangi rasuah.

"Ini memperlihatkan ketulusan dan integriti yang wujud dalam kerajaan negeri dan perkara ini boleh diperluaskan secara menyeluruh," katanya.

Sementara itu, Fauzi berkata keberanian pemimpin negeri Pahang untuk mengisytiharkan harta masing-masing adalah satu perkara luar biasa dan harus menerima pujian.

"Sebelum ini kita pernah cuba buat di tempat lain, tapi susah. Alhamdulillah di negeri ini (ia mampu dibuat) dan ini mungkin boleh menjadi dorongan kepada pemimpin negeri lain mahu pun di peringkat pusat untuk mengikut langkah sama.

"JKMR juga dalam masa sama sukacita untuk memaklumkan selepas meneliti rekod negeri ini dalam tempoh tiga tahun, tidak ada satu pun laporan malah surat layang berkaitan isu rasuah diberikan kepada ahli politik di negeri ini... ini sesuatu yang patut dibanggakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu


Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Kalau setakat bercakap dlm kelambu saja tak guna. Istiharkan pada rakyat. Rakyat nak tahu pemimpin mana yg betul2 berkhidmat utk rakyat dan bukan jadi pemimpin utk buat harta

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...