Monday, 31 August 2015

Najib Terkedu Lihat Gambar Ini..


Lagi Kejutan Dari BERSIH 4.0. Walaupun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Bersih 4 mengejutkan penganjur perhimpunan itu, ribuan yang berkumpul di sekeliling Dataran Merdeka malam ini sangat gembira apabila perdana menteri paling lama berkhidmat itu datang di situ.

Dr Mahathir, yang beberapa jam sebelum itu memberitahu ahli Umno di Johor beliau berfikir untuk menghadiri perhimpunan itu, diserbu ribuan rakyat Malaysia, menjerit "Bersih, Bersih" sekuat hati mereka.

Meskipun ia hanya persinggahan sebentar, di mana beliau hanya melambai dan bersalaman dengan beberapa peserta, orang ramai terus-terusan meraikan bekas perdana menteri itu, yang kini menjadi pengkritik tegas kerajaan.

Malah, beliau ada berkata beberapa perkataan, "Teruskan, teruskan", menggesa mereka yang berkumpul untuk perhimpunan Bersih 4 teruskan perjuangan untuk mendapatkan kerajaan bersih.

Ketika beliau masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi, khalayak menjerit lebih kuat, menandakan kemenangan moral diperoleh mereka dalam menentang kerajaan pemerintah.

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata beliau tidak menjangka Dr Mahathir akan menghadiri perhimpunan itu, walau hanya seketika meskipun beliau ada mempertimbangkannya.


“Saya tidak menjangka. Beliau berfikir mengenainya, ya. Pastinya beliau berfikir dengan sangat cepat,” katanya.

Lagi Kejutan Dari BERSIH 4.0

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih New Sin Yew berkata semua orang dijemput ke perhimpunan Bersih 4 dan tidak akan ada diskriminasi terhadap sesiapa yang menghadirinya.

“Ini tempat awam. Kami tidak diskriminasi sesiapa. Kami mengalu-alukan semua orang,” katanya.

Sementara itu, sepasang warga emas dalam lingkungan 50-an yang turut menyertai perhimpunan itu memberitahu The Malaysian Insider, amat seronok melihat Dr Mahathir di perhimpunan itu, tetapi berkata negarawan bersara itu ada “misi dalam fikirannya”.

“Dia ada misi dalam mindanya. Misinya ialah untuk menjatuhkan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak). Tidak semestinya untuk menjatuhkan kerajaan yang rasuah,” kata mereka.

“Tetapi kita mesti pandai untuk guna dia (Dr Mahathir) berbuat demikian.”

Pasangan itu yang datang bersama anak lelaki mereka berkata mereka juga membuat keputusan untuk hadir kerana kerajaan pada saat akhir melarang Bersih 4 semalam.

“Saya mahu beritahu kerajaan jika mereka larang perkara seperti ini, lebih ramai yang akan datang,” katanya.



Iklan B (ii)







3 comments:

  1. TDM ada muslihat tersembunyi

    ReplyDelete
  2. Silap sebenar UMNO yang membawa kepada Bersih ialah proses perbandaran. Pembangunan bandar-bandar besar seperti KL, Pulau Pinang, JB dan sebagainya terlalu pantas. UMNO telah mengabaikan pertumbuhan kawasan-kawasan seperti Serting, Al Muktafi Billah, Muazam Shah dan sebagainya. Sekiranya rakyat terhalang dari berhijrah ke bandar-bandar besar, perkara-perkara seperti Bersih tidak mungkin berlaku. Tetapi sekarang apakah proses penghijrahan boleh direversekan atau nasi sudah menjadi bubur? UMNO perlu berbuat sesuatu supaya pusat pertumbuhan bukan di bandar-bandar besar tetapi sebaliknya di kawasan luar bandar atau pekan kecil. Apapun kesilapan yang berlaku boleh dibebankan kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan pegawai-pegawai kerajaan yang tidak melakukan sesuatu untuk menyekat proses penghijrahan ini. Kesalahan yang lebih besar ialah pada taukeh-taukeh yang tamak untuk memulakan projek demi projek. Lihat nanti apabila Iskandar Malaysia sudah menjadi kota besar. Pasukan keselamatan akan lebih pening sebab 300, 000 - 400,000 akan berpusat di JB pula untuk berdemonstrasi.

    ReplyDelete
  3. bukan sesuatu yg mengejutkan..Tun M pun dh habis ikhtiar dh nampak gayanya. masa zaman dia cantas DS Anwar dulu, mcm gini jgk lah org buat, tp cuba ingat balik apa yg polis buat kt rally goers. sorry to say lah, semuanya dah terlambat & jika budaya ini berterusan & jika PR yg perintah negara nanti pun, perkara yg sama akan berulang.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...