Sunday, 23 August 2015

Berita Gempar Hari Ini..


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kata diberitahu, derma AS$700 juta (RM2.67 bilion) adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi pilihan raya umum ke-13. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau secara peribadi bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah yang menderma AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Datuk Seri Najib Razak.


Beliau berkata, mereka memberitahunya sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi pilihan raya umum ke-13."Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu," kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Sri Gading di Parit Raja, Johor hari ini.

Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma."Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah.

Iklan B (ii)








10 comments:

  1. Dia sudah hilang fokus untuk bercakap sebab kesana kemari merasmikan perhimpunan semua ahli bawahan bertanya hal yang sama kenapa jika duit berjuta ringgit dimasukkan ke akaun presiden kenapa tidak kedalam parti jika duit tersebut untuk kegunaan parti dan jika benar duit itu untuk parti kenapa bila mahayudin bertanya mahyudin pula disingkirkan dari kabenet,kami ahli-ahli UMNO bahagian sudah puas memberi alasan pada ahli bawahan untuk pertahan presiden tapi kami pula dituduh megampu untuk dapat upahan dari pehak atasan.

    ReplyDelete
  2. Jika 2.6 billion tu duit derma, mana pergi dana 1MDB..

    ReplyDelete
  3. Patutnya dia bagi kat pas.

    ReplyDelete
  4. Muka penipu,rykt xbodo mcm ahli2 amnongok.

    ReplyDelete
  5. aku dah nak muntah dengar cerita tahyul yang dibawa oleh tPM ini. Elok umno bungkus daripada menyusahkan rakyat. bagilah pada PAS pula untuk uruskan negara

    ReplyDelete
  6. Dah mula membenarkan campurtangan pihak luar kedalam politik Negara...bererti negara telah di'gadai'.....UMNO telahpun berkerjasama dagangan dan berbagai lagi dengan Israel. Penasihat pun APCO (Israel) pastu Arab bagi 'derma'???
    DAH LA RAKYAT 'BODOH'.... DITAMBAH 'BODOH' KAN LAGI OLEH NAJIB YANG SORANG NI BERSAMA MENTERI 2 'BIJAK'NYA. KESIALAH SIKIT KAT RAKYAT MALAYSIA NI.....

    ReplyDelete
  7. Udah2lah menipu

    ReplyDelete
  8. Udah2lah menipu

    ReplyDelete
  9. maaf la Zahid kamu cuma berbohong...bohong kepada UMNo boleh la...depa tu mendekati peliharaan kak Ijat

    ReplyDelete
  10. Asalnya disiasat kerana akaun persendirian lepas itu akaun ditutup dan dyuit tak tahu kemana lepas SPRM buat kenyataan duti itu bukan rasuah kononnya tapi derma lepas tu bila ditanya dari siapa rahsia lepas tu kenapa baik hati sangat penderma itu bagi begitu banyak maka duit itu dipecahkan kepada banyak cek konon tak mahu nampak banyak dibagi pada najib lepas tu duit nak diguna bagi memenangi PRU13 dan nak kalahkan DAP lepas tu dah pi jumpa pula penderma dan pelbagai alasan diberi nak suruh rakyat percaya ,soalannya sekarang adakah rakyat mahu percaya dengan semua cerita rekaan itu kenapa najib sendiri atau kak mah tak mau bersuara itulah sebabnya tambah lagi sekrang nie rakyat tertanya-tanya pula semua pegawai dan anggota penyiasat ketidak telusan itu telah diambil tindak sama ada mereka diberhentikan atau dikeluarkan dari jabatan yang mereka sedang siasat apakah ini yang sedang dilakukan olah najib dan menteri-menteri bahlul dan bodoh mengeluarkan kenyataan yang boleh membuatkan UMNO terlingkup .

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...