Monday, 24 August 2015

Kejutan Demi Kejutan Buat Pimpinan PAS


Kejutan Demi Kejutan Buat Pimpinan PAS. PAS hari ini menyaksikan peletakan besar-besaran jawatan tertinggi di peringkat kepimpinan Selangor yang membabitkan kawasan Kelana Jaya dan cawangan Subang Jaya bagi menyertai parti serpihan, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim berkata, tindakan itu membabitkan 87 jawatan di peringkat PAS kawasan, manakala di Subang Jaya, sebanyak 64 jawatan dilepaskan.

"Peletakan jawatan berkuatkuasa hari ini dibuat bersama dengan 18 orang lagi ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Kelana Jaya bagi sesi 2015 dan 2017.

"Selain itu, timbalan ketua muslimat, bendahari dan 2 lagi AJK Dewan Muslimat PAS kawasan turut sama meletakkan jawatan.


"Naib ketua Pemuda serta 3 lagi AJK Dewan Pemuda PAS kawasan juga meletakkan jawatan," kata Isham pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Katanya, peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini dan notis akan diserahkan kepada PAS Pusat pada esok hari.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka hanya meletakkan jawatan dalam parti sahaja tetapi semua mereka yang terlibat masih kekal sebagai ahli PAS.

Beberapa hari lepas, Naib Yang Dipertua PAS Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bersama 183 lain mengumumkan pelepasan jawatan parti mereka bagi tujuan yang sama.


91 AJK Pas Gelang Patah letak jawatan 
JOHOR BAHRU - Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini.
Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha, Musa Abdul Wahab.

Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15 AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.

Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.

Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.

Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan menepati syariat Islam.
Sumber 

Iklan B (ii)







5 comments:

  1. dulu aku pun tapi sekarang tidak lagi.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin2 GHB gagal meletak jawatan sbg AP atau ADUN... Di sini kita dah nampak belum pun tertubuh parti baru sudahpun terdedah tiadanya integriti sbg pemimpin.. yg bestnye selama ni pandai kondem kepimpinan sekarang.. Cuba bayangkan sikap ini berterusan sehingga tertubuh parti baru nanti iaitu bermulanya parti baru TANPA integriti..

    Bagaimanapun, jika disorot kembali kesah mereka2 sebelum ini, sekiranya mereka berintegiriti selama ni pun pastilah mereka telah mempertahankankan pemimpin sendiri dari mempertahankan pemimpin yg menghalalkan babi dan arak.

    ReplyDelete
  3. Ermmmm..lagi komen rasis...weh dok hutanlah kalu nak rasis

    ReplyDelete
  4. - harapan yg tiada masa depan
    - dipenuhi dgn org yg x puas hati dan sampai bila pun takkan puas hati
    - letak jawatan setelah diberi amanah, kenapa tak letak awal2?
    - letak jawatan setelah geng mereka kalah dimuktamar, org lain kalah dua tiga kali tak de pun letak jawatan, merajuk, tubuh parti baru
    - kami grass root tak terkejut pun korang nak letak jawatan ke aper, cuma terkilan korang khianat setelah bersahabat sekian lama
    - harapan baru akan tersungkur dengan agenda kafir laknatullah.
    - jangan ingat kami akan lemah setelah kamu pergi. kami akan jadi lebih kuat selepas ini. menang dan kalah pilihanraya adalah urusan Allah. kami akan terus ISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN.

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah... proses pembersihan didalam PAS sedang bermula... Semoga dengan saringan yang Allah lakukan ini akan memartabatkan PAS sebagai parti Islam yang terunggul di Malaysia... Insha Allah kami akan Istiqamah hingga kemenangan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...