Friday, 14 August 2015

Tanpa Disangka... Najib Terkedu Dengan Berita Ini?


Gabenor Bank Negara Sindir Najib. Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini tidak mahu menyentuh tentang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dengan berkata beliau mungkin ditangkap jika bercakap tentang individu tertentu.

"Saya perlu berhati-hati apa yang saya cakap - bahawa ia perlu dalam batasan undang-undang.

"Jika tidak, sebaik sahaja saya melangkah keluar dari pintu ini, saya akan berdepan ditangkap kerana bercakap tentang seseorang individu sekarang.

"Dan saya yakin anda tidak mahu perkara ini berlaku," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat bank pusat itu di Kuala Lumpur hari ini.

Respons Zeti itu disambut dengan ketawa wartawan dan pegawai Bank Negara yang hadir. Satu klip video mengenai respons beliau itu juga dimuat naik di Pocketimes.


Zeti ditanya sama ada Bank Negara mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai deposit yang besar itu ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Gabenor Bank Negara Sindir Najib

Hari ini merupakan penampilan pertama beliau sejak beberapa minggu ubu selepas menjadi sasaran serangan berhubung peranan Bank Negara Malaysia dalam menyiasat 1MDB, di mana pihak-pihak tertentu menuduh bank pusat itu membocorkan maklumat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai deposit itu menyaksikan penyiasatnya ditangkap polis dan rumah serta pejabat mereka digelidah.

Penyiasat utama SPRM dalam kes itu dipindahkan keluar secara mendadak tetapi ia kemudiannya dibatalkan ekoran bantahan awam.

SPRM berkata RM2.6 bilion itu bukan dari 1MDB tetapi "sumbangan penderma".

Ia merancang memanggil Najib untuk menjelaskan mengenai deposit tersebut.





Iklan B (ii)








3 comments:

  1. Ini menunjukkan ada UGUTAN dpd pihak berkuasa

    ReplyDelete
  2. ini menunjukkan betapa PDRM badan yang boleh dicucuk hidung....KPN boleh letak jawatan kalau ada maruah....

    ReplyDelete
  3. Individu tu mmg paling berkuasa di Malaysia. Takde saper bole mengatasi nya. Taik berkepuk2 dia buat mesti ditutup rapat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...