Tuesday, 1 September 2015

Berita Panas Hari Ini..


Gerakan Harapan Baru (GHB) hari ini secara rasminya mengumumkan untuk muncul sebagai parti politik dengan menggunakan platform nama Parti Pekerja, kata Mohamad Sabu.

Pengerusi GHB itu berkata butiran lanjut mengenai pertukaran nama dan perlembagaan parti akan diputuskan kemudian dan ia akan diumumkan semula pada 16 September kelak.

"Pada tanggal keramat 31 Ogos 2015, kami GHB secara rasminya mengumumkan kami sudah pun memutuskan untuk muncul sebagai sebuah parti politik golongan pekerja dengan mengekalkan namanya 'Parti Pekerja'

"Ada pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas diputuskan bersama, tarikh hari pelancaran pada satu lagi tanggal keramat akan diumumkan pada 16 September akan datang," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mohamad berkata wadah politik yang kini dipelopori GHB komited meneruskan legasi politik Islam yang pernah ditunjukkan Yusuf Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, parti politik itu akan terus berpaksi kepada politik berasakan ilmu dan akhlak, mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti yang dituntut Islam.


“Sejurus proses pengambilalihan wadah politik ini sempurna, kami akan usahakan bersama momentum perubahan politik atas dasar tahaluf yang jujur dan komited dan perkara yang disepakati bersama rakan politik DAP dan PKR. 

“Islam yang syumul serta bertindak secara inklusif tidak mengasing dan meminggirkan mana-mana segmen rakyat untuk memberi keadilan dan kesejahteraan merentasi semua kaum dan agama,” katanya.

Beliau menyasarkan keahlian parti baharu itu akan meningkatkan kepada 35,000 orang menjelang 16 September yang menyaksikan parti berkenaan berubah wajah dan tampil dengan nama baharu. 

Selain Mohamad sebagai pengerusi, Ahmad Awang dilantik sebagai penasihat umum, Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan dan Hasanuddin Mohd Yunus sebagai naib pengerusi.

Manakala Dr Siti Mariah Mahmud dilantik sebagai ketua wanita, Mohd Sany Hamzan sebagai ketua pemuda, Mohd Anuar Mohd Tahir sebagai setiausaha agung dan Asmuni Awi sebagai bendahari agung.


Iklan B (ii)








5 comments:

  1. jum para pekerja....kita sokong parti kita

    ReplyDelete
  2. kami tak terkejut pun...orng melayu 52% dari 29 juta penduduk malaysia... dulu untuk umno...pas n pkr...tapi sekarang pecah pada ghb pulak...koi kecik le namanya... melayu koi pecah...

    ReplyDelete
  3. Waima apanama sekali pun, parti serpihan samaada dari UMNO atau PAS, akan lenyap ditelan masa. Sejarah membuktikan BERJASA, HAMIN, SEMANGAT46, hanyut dan lenyap ditelan zaman...

    ReplyDelete
  4. Next party please!...ini semua orang kitar semula. Nak pemimpin yg fresh, pro, amanah.

    ReplyDelete
  5. tak lama la tu..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...