Tuesday, 11 August 2015

Berita Menyedihkan Buat Seluruh Ahli PAS


Berita Menyedihkan Buat Seluruh Ahli PAS. PAS kini mula terasa keseorangan selepas dipinggirkan apabila satu demi satu program besar yang dianjurkan pembangkang tidak lagi melibatkan mereka, bahkan parti Islam itu terpaksa bersendirian.

Terbaru, PAS membuat keputusan menganjurkan himpunan Bersih mereka sendiri dan tidak akan mengerahkan ahlinya menyertai himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan pelbagai pertubuhan termasuk parti pembangkang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan, pihaknya hanya akan menghantar 3 wakil ke perhimpunan Bersih 4.0 kerana ia bukan dikepalai parti itu.

"Kita buat keputusan untuk menyertai Bersih tetapi yang Bersih 4.0 ini bukan kita kepalai, orang lain yang kepalai, bukan kita yang buat agenda, orang lain yang buat agenda.

"Jadi, kita hantar wakil saja, 3 orang menyertai himpunan ini. Kita tidak suruh ahli kita pergi.

"Kita akan adakan himpunan yang lain yang dikepalai PAS dan kita akan ajak orang lain datang," kata Hadi dalam ucapan pada majlis himpunan PAS Perak di Ipoh pada Ahad.

Sehingga kini, PAS sudah diketepikan dalam sekurang-kurangnya 3 program besar iaitu mesyuarat parti pembangkang pada 29 Julai, penyerahan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 Ogos dan himpunan Bersih 4.0 hujung bulan ini.

Berita Menyedihkan Buat Seluruh Ahli PAS

Mesyuarat pada bulan lalu itu dipanggil ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun dibatalkan secara tergesa-gesa kerana DAP tidak mahu menyertainya jika PAS menyertainya.

PAS sebelum itu memutuskan menghantar 3 wakil ke mesyuarat itu iaitu timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha agung Datuk Takiyudin Hassan dan ketua pengarah pilihan raya Datuk Mustafa Ali.

Ketika itu, beberapa pemimpin yang mewakili PAS tiba di pejabat PKR di Petaling Jaya untuk menyertai mesyuarat, namun mendapati ia dibatalkan dan ditukar kepada mesyuarat antara Dr Wan Azizah dengan pemimpin organisasi bukan kerajaan (NGO) saja.


Khamis lalu, pemimpin pembangkang mewakili semua parti hadir ke pejabat SPRM bagi memberi sokongan moral kepada badan pencegah rasuah itu, namun tiada wakil PAS kelihatan.

The Malaysian Insider difahamkan, pemimpin PAS tidak diberitahu atau dijemput untuk menyertainya.

Hasilnya, Pemuda PAS Selangor terpaksa pergi bersendirian menghantar memorandum sokongan pada keesokan harinya, 7 Ogos.

Sementara dalam penganjuran himpunan Bersih 4.0, ketika semua parti politik pembangkang termasuk kumpulan pecahan daripada PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), diajak berbincang untuk menjayakannya, parti yang memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP itu tidak dimaklumkan mengenainya.

Ini menyebabkan pihak media tertanya-tanya, apakah PAS akan menyertai himpunan ini atau tidak kerana penyokong mereka adalah yang paling ramai dalam himpunan Bersih sebelum ini.

Di kalangan pemimpin PAS pula berlaku pendebatan hangat apakah mereka patut menyertai Bersih 4.0 atau tidak selepas mereka tidak dijemput secara rasmi membincangkannya.

Namun, menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat 8 Ogos lalu, jemputan dihantar oleh Bersih 4.0 secara peribadi kepada Tuan Ibrahim untuk menyertai himpunan itu.

Hasilnya, selepas mesyuarat itu, Tuan Ibrahim memaklumkan PAS akan menyertai Bersih 4.0 dan akan menghantar 2 wakil untuk menyertai perbincangan mereka.

Mereka adalah Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan setiausaha akhbar presiden PAS, Kamaruzaman Mohamad.

Namun, kenyataan Hadi menjelaskan lagi sikap PAS sebenarnya iaitu hanya menghantar wakil, bukan mengerahkan ahlinya untuk menyertai Bersih 4.0 yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

PAS pada muktamar tahunannya Jun lalu memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP.

Ia menyebabkan akhirnya Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS, PKR dan DAP terkubur.

Ia juga melahirkan GHB secara rasmi, yang berhasrat menubuhkan parti Islam baru sebagai alternatif kepada PAS dan kemudiannya bekerjasama dengan DAP, PKR dan beberapa pihak lain membentuk sebuah gabungan pembangkang baharu.


Iklan B (ii)








3 comments:

  1. Majlis himpunan Bersih 4 hendaklah membenarkan hanya TMTI sahaja dan tidak yang lain untuk menyertainya.kerana hanya beliau sahaj yang mungkin ada keikhlasan diri.Letkaan TMTI dibahagian depan untuk bersama peminpin lain.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya Pas tak payah hantar seorangpun wakil sbb itu bukan acara anjuran Pas. Pas sudah sendirian kan? Kenapa mahu sibuk?

    ReplyDelete
  3. PAS kan xkisah sendiri....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...