Friday, 21 August 2015

Berita Mengejutkan Buat PAS


Berita Mengejutkan Buat PAS. Lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pas dijangka akan keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan ramai ahli parti menyatakan hasrat dan menunjukkan minat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pas akan keluar. Kita pun sudah jangka apabila mereka (ahli Pas) mahu menyertai NGO itu.

“Kita tunggu sajalah sekiranya mereka isytihar untuk keluar ataupun mereka menunggu untuk terkeluar secara automatik apabila masuk parti lain, ” katanya ketika dihubungi FMT.

Mengulas pengumuman Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud keluar Pas, Mustafa berkata, Pas menghormati keputusan itu


“Itu hak dia dan kita tidak boleh menghalangnya daripada menyertai parti yang diminatinya. Kita guna hak demokrasi dan dia boleh pilih parti mana nak masuk, mana nak keluar.

“Apa yang saya boleh maklumkan kita akan isi kekosongan yang ditinggalkannya itu,” katanya.



Iklan B (ii)








3 comments:

  1. Hadi dan Tokoh Air Jampi punya pasal PAS koyak robek..... oops... Kata orang-orang tua kalau kepala tak kena matahari.... fikiran menjadi bercelaru. Betul kata mereka....
    Dua pemimpin tertinggi PAS di Kelantan juga kurang amatan politik progresif....Ini kelemahan PAS. Nasib PAS sudah menjadi parit kolot yang tidak sesuai lagi di zaman ini.

    ReplyDelete
  2. Cantekkkk.. tak de gelabah malah cukup tenang dalam menghadapi situasi penyaringan ini. Alhamdulillah parti akan bertambah meriah dgn ahli2 yg kini mendapat semangat baru apabila tidak lagi memendam rasa melihat ahli2 PAS yg tidak menghormati pemimpin terus berkeliaran dalam parti. Inilah yg diharap2kan mereka selama ini. Tiada lagi kepelikan di kalangan mereka terhadap mereka2 yg keluar parti ini yg lebih hormat pd pemimpin parti lain dari pemimpin sendiri di mana mereka tidak pernah diajarpun sedemikian rupa..

    Betul .. keluar PAS bukan bermakna keluar islam. Keluar PAS utk bersama parti baru yg redho kpd DAP je pun.. yg bezanya PAS kata judi itu haram dan DAP kata judi itu halal.. terpulang kalau parti baru dia lebih redho kpd DAP daripada PAS!!

    ReplyDelete
  3. Yang menjamin akhirat bukan PAS. PAS hanya wadah perjuangan yg tidak berprinsip, berfikiran sempit dan kampungan !. Islam sebenar menggalakkan kita berbaik dengan semua mahkluk ciptaanNya ...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...