Wednesday, 12 August 2015

Najib Terperanjat Dengan Cabaran Ini?



Beranikah Najib Sahut Cabaran Ini? DAP menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke majlis makan malam mengumpul dana untuk parti itu bagi mengenali penyumbang mereka, kata Tony Pua. Setiausaha publisiti DAP itu berkata, program berkenaan yang akan berlangsung esok turut menyediakan 2 buah kerusi VVIP untuk Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. 

Awal bulan ini, Najib berkata, beliau bersedia mendedahkan sumber dana politik sekiranya pembangkang bersetuju melakukan tindakan sama. 

"Kami ingin maklumkan kepada perdana menteri, kami berjaya menjual 300 meja untuk majlis makan malam esok dalam hanya tempoh 10 hari. 

"Kami akan tunjukkan, 3,000 rakyat Malaysia sanggup menghadiri majlis makan malam kami dan sanggup membayar untuknya," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dan menambah ia amat berbeza dengan majlis sama oleh Barisan Nasional (BN) yang percuma dan dipenuhi ratusan cabutan bertuah. 

"Dan ia merupakan peluang Najib untuk beliau menjelaskan bagaimana dirinya menerima dana berjumlah RM2.6 bilion.


Beranikah Najib Sahut Cabaran Ini?

"Saya percaya, masyarakat di Petaling Jaya menantikan saat itu dan memberikan peluang untuk beliau memberikan penjelasan," katanya. 

Pua berkata, susulan dakwaan Najib DAP tidak bersetuju dengan penggubalan akta dana politik, parti itu katanya tidak pernah ditunjukkan sebarang draf berkenaan rang undang-undang tersebut di Parlimen. 

"Sebaliknya, puluhan bantahan kami terhadap rang undang-undang yang teruk ditolak Parlimen," katanya. 

Beliau berkata, DAP tidak pernah menolak mana-mana rang undang-undang dan akan menyokong mana-mana rang undang-undang yang menyokong ketelusan.  

Rakan beliau, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng sebelum ini turut membuat jemputan sama kepada Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk mengetahui penyumbang dana DAP.

"Kami berharap perdana menteri akan jujur, dan bersedia untuk mengisytiharkan penderma politik beliau jika kami bersedia melakukannya."



Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...