Saturday, 8 August 2015

Bekas Menteri Sifatkan BN Dah Gila..


Bekas Menteri Sifatkan BN Dah Gila. Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah membidas pemindahan dua pegawai utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri, menyifatkannya satu tindakan "tunjuk kuasa terang-terangan".

Terdahulu hari ini, Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu disiplin" berkuat kuasa serta merta.

"Ini ialah tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan dan menunjukkan yang ada orang yang tidak berpuas hati dengan usaha SPRM mencari kebenaran," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider hari ini mengulas perkara itu.


Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas tujuh pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu dua kali dan dua daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu.

Bekas Menteri Sifatkan BN Dah Gila

SPRM sedang meneliti SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sebelum ini dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ketika ini di bawah Kementerian Kewangan.

Pihak polis mendakwa wujud kebocoran dalam siasatan 1MDB dan mengkhususkan siasatan mereka ke atas SPRM."Ini akan menguatkan persepsi yang terdapat satu halangan yang jelas bagi SPRM dalam menjalankan tugas mereka," kata Saifuddin.

Menerusi mesej di akaun Twitternya, beliau juga menyifatkan pemindahan itu satu "kegilaan". Saifuddin juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global. 

Beliau diketahui umum sebagai seorang yang sederhana dalam Umno dan sering tidak bersetuju dengan rakan dalam partinya mengenai perkara dasar negara.

Sumber


Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...