Wednesday, 12 August 2015

Artis Ni Belasah Menteri Mana Pulak Ni?


Artis Ni Belasah Menteri Mana Pulak Ni? Selepas Faizal Tahir, seorang lagi artis tempatan menyuarakan kurang senang dengan kenyataan Khairy Jamaluddin yang menyamakan penyokong Liverpool dengan penyokong Pas.

Menerusi Instagram, selebriti Afdlin Shauki berkata, dia tahu niat Khairy untuk berseloroh tetapi tidak wajar untuk mengaitkan politik dan sukan kegemaran rakyat.

“Dahlah semua benda sekarang berbaur politik yang sangat merungsingkan rakyat, rasanya ada khutbah jumaat pun macam berbaur politik sekarang.


“Ni bola pun nak kasi panas!! Tak payahla bro….kita memang suka menganjing diantara kita, its part of the game bila kita sokong team bola tapi setelah semua benda dalam timeline aku cerita politik yg merimaskan jgn bola aku pun nak kau politikkan,” tulisnya.

Afdlin juga telah memuat naik gambar dengan kapsyen ‘Saya memandang serius perkara ini’.

Pelakon dan pengarah itu berkata, rakyat negara ini sudah tidak malu untuk menyatakan sokongan terhadap Pas.

“Lagipun rasanya org tak malu sokong PAS sekarang bro. Biar kalah tapi di hormati, jangan menang tapi dibenci. YNWA (You Never Walk Alone),” tulisnya. ujarnya.


Iklan B (ii)








1 comment:

  1. Sekarang ni aku malu nak sokong PAS. He he he...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...