Sunday, 9 August 2015

Anak Bekas Pengarah Operasi Khas SPRM Buat Pendedahan.. Saksikanlah


Anak Bekas Pengarah Operasi Khas SPRM Buat Pendedahan. Sepanjang bertugas dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama hampir 33 tahun, Datuk Bahri Mohamad Zin berdepan pelbagai dugaan, termasuk diugut, dipulau dan diherdik.

Beliau yang juga bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM turut diganggu secara sihir termasuk menggunakan santau.

Dugaan itu didedahkan sendiri anak Bahri, Eila melalui kemas kini di Facebook beliau malam tadi.

Namun, kata Eila, semua halangan itu tidak menjejaskan tumpuan Bahri, malah tetap yakin "mempertahankan kebenaran".

"Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah redha," tulisnya.

Semalam Bahri menamatkan tugasnya di SPRM kerana dipindahkan secara mengejut ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sebelum itu beliau lantang mengecam serbuan dan pemeriksaan polis terhadap anggota pasukannya yang kini menyiasat isu dana awam yang dikaitkan dengan perdana menteri.


Anak Bekas Pengarah Operasi Khas SPRM Buat Pendedahan

Bahri juga berikrar - dan bersumpah - untuk mencari dalang kepada gangguan dialami SPRM.

Turut ditukarkan, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, yang menerima kunjungan wakil parti politik pembangkang ke pejabat agensi berkenaan.

"Ayah saya, Bahri Muhamad Zin hampir 33 tahun berkhidmat di SPRM.

"Berpuluh tahun dia bekerja menjalankan amanah rakyat, siasat dan tangkap malaun-maluan (penjahat) yang suka sangat bedal duit haram (hak rakyat).


"Beratus juta juga dia dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang ke tangan-tangan tahi," katanya lagi meluahkan perasan semalam.

Pada tulisan itu juga Eila mendedahkan ayahnya seorang yang tegas terutama dalam soal agama.

Justeru, katanya, dia dan adik-beradiknya terlebih dahulu mengenali Saiyidina Umar al-Khattab berbanding Cinderella.

Sementara itu, Eila juga mempersoalkan pertukaran kerja Bahri ke JPM.

"Saya tahun dia pakar dalam tiga perkara: mengajar agama, siasat, buktikan dan tangkap orang jahat dan tanam pelbagai jenis pokok.

"Apabila ayah dipindahkan, saya terfikir apa yang mereka (orang yang pindahkan Bahri) mahu beliau lakukan.

"Mengajar agama di JPM? tanam pokok di JPM dan hasilnya untuk membayar bil orang kenamaan? atau lagi banyak mereka mahu dia kantoikan orang?," soal Eila.


Iklan B (ii)








6 comments:

  1. Ayah dia hampir2 menyelematkan 2.6b duit rakyat yang dah kena curi tapi pencuri tu lebih berkuasa.

    ReplyDelete
  2. ckp aje laa anak sape pn..jgn caya laa bulat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis nk kene cya ckp engkow ke..mesti awk umno totok kan

      Delete
  3. Ada betulnya juga dia mengatakan, dgn memindahkan tempat ayahnya itu bertugas maka akan lebih banyak lagi maklumat boleh disalurkan kpd publik. Tetapi mestilah berhati-hati, manalah tahu jika mereka seumpama syaitan itu merancang dan mengatur supaya ada sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun bapanya kemudian buat tuduhan la pulak!

    ReplyDelete
  4. Sebelum ini ada kah SPRM membuat kerja dengan jujur ? SPRM buat kerja dengan cara salah, buat kerja dengan cara tipu muslihat, perangkap penarima rasuah dengan tawaran wang melalui ejan2 SPRM. Penarima yang kekurangan wang pun setuju terima pemberian ejan SPRM itu, kemudian penerima ditangkap oleh SPRM kunun nya penerima minta suappan, walhal ejan SPRM ini yang membuat tawaran kepada penerima.
    cuba fikirkan ada kah batul cara SPRM ini buat kerja !
    Allah maha berkuasa, tidak ada siapa yang boleh melebahi kuasa Allah. Hari ini Allah telah tunjukkan kekuasaannya. SPRM telah diserbu oleh PDRM, dua pegawai telah ditukarkan ka Putrajaya

    ReplyDelete
  5. Kalau tak bersalah kenapa nak kacau SPRM, Bank Negara, AG, Task Force dan PAC. Ada yg terselindung dan tak kena lah tu yg over haul semua. Tak kan la otak kat kepala tuan tuan yg x fahamtu masih tak boleh fikir

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...