Thursday, 13 August 2015

Ahli Keluarga Menetang Najib Secara Halus.. Ini Buktinya?


Ahli Keluarga Menetang Najib Secara Halus.. Ini Buktinya? Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak hari ini tampil antara individu yang bimbang terhadap penyusutan nilai ringgit yang mencecah RM4 berbanding 1 dolar Amerika ketika ini.

Adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu melalui laman perkongsian gambar Instagram, memuat naik gambar bertajuk "FBM KLCI approaches 1,600 level, ringgit breaches 4 vs USD." (FBM KLCI mencecah paras 1,600, ringgit melepasi 4 berbanding AS$).

"Ini masa yang genting untuk diganggu dengan politik dan terlalu banyak liputan media negatif. Pasukan kewangan kita yang terbaik, paling berkredibiliti dan berpengalaman berdepan krisis perlu diletak di hadapan pasaran segera," katanya.

Ringgit merupakan mata wang Asia dengan prestasi terburuk sejak tahun lalu dan ia mencecah paras RM4 pagi semalam.


Ahli Keluarga Menetang Najib Secara Halus.. Ini Buktinya? 

Ringgit diniagakan 4.0075 berbanding dolar Amerika pada awal dagangan, paling lemah sejak September 1998 berbanding nilai tertinggi 2.939 pada 27 Julai 2011.

Pelbagai pihak mendakwa kejatuhan ringgit disebabkan keadaan global semasa, kejatuhan nilai yuan, harga komoditi dan skandal semasa Najib.

Najib kini berdepan dengan pelbagai kontroversi, termasuk skandal hutang RM42 bilion syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Selain menerima desakan bertubi-tubi daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meletakkan jawatan, Najib juga baru-baru ini menukar peguam negara, melantik ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam Kabinet dan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri yang dilihat sebagai usaha membersihkan namanya dalam skandal 1MDB.

Pelantikan beberapa ahli sebagai timbalan menteri menyebabkan pendengaran 1MDB pada bulan ini oleh PAC tertangguh ekoran pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed kini menjadi timbalan menteri dalam negeri.


Iklan B (ii)








5 comments:

  1. TS Nazri Aziz cakap kejatuhan ringgit bagus untuk industri pelancongan, jadi DS Nazir tidak perlu bimbang kerana itu boleh merosakkan kredebiliti DS Najib

    ReplyDelete
  2. Laaaaa..mcm tu pulak?
    Nazri Aziz dan Ahmad amadlan kata bagus kalau nilai duit kita jatuh?
    Jadi pasai apa pulak nak risau.
    Kan lagi baik jatuh mcm nilai matawang Indonesia.
    Tukar RM 1K blh dpt juta2 Rupiah. Jutawan tu..

    ReplyDelete
  3. najib sila letak jawatan

    ReplyDelete
  4. najib sila letak jawatan

    ReplyDelete
  5. RM perlu dsuntik mcm mata wang indo,hi,hi,hi
    guna rupiah,bahru rykt tak bising ttg GST,walaupun gaji ciput
    namun terima juta2..
    Kerana pak montori yg dilantik bonggok akibatnya,rykt yg tggung malu RM jatuh longkang
    Pun kita cbuk..prihatin nya

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...