Saturday, 25 July 2015

Ulamak PAS Terkedu Dengan Penjelasan Gerakan Harapan Baru?


Ulamak PAS Terkedu Dengan Penjelasan Gerakan Harapan Baru? Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tetap perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan, termasuk memberikan 'fatwa' haram kepada wakil rakyat tertentu yang menyertai Gerakan Harapan Baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, wang yang diperolehi sebagai wakil rakyat sebahagiannya digunakan untuk membiayai keluarganya.Kata anak bekas Yang Dipertua Agung PAS itu berkata mengapa Haron beranggapan elaun diperolehinya haram apabila membuat pendirian menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya ingin bertanya semula kepada beliau (Haron), ada wakil rakyat dalam PAS yang tidak mesra kepada Pakatan dan kadang-kadang menyerang Pakatan. Bagaimana (hukum) pendapatan mereka?"Adakah ia sah? Adakah mereka memenangi kerusi itu atas tiket Pakatan atau PAS semata-mata? 

Ulamak PAS Terkedu Dengan Penjelasan Gerakan Harapan Baru?

Jawapannya, mereka menang atas tiket Pakatan," kata Mujahid yang juga Pengerusi Penaja GHB Pulau Pinang.Beliau berucap di majkus rumah terbuka hari raya anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) di George Town, Pulau Pinang semalam.

Mujahid juga memberi contoh bagaimana beliau memenangi kerusi parlimen Parit Buntar dalam pilihan raya umum 2013 dengan memperoleh majoriti 8,000 undi. Kata Mujahid, 80 peratus daripada pengundinya adalah komuniti China, 10 peratus India dan selebihnya Melayu.PAS mempunyai kira-kira 4,000 di Parit Buntar.

"Jika kita tolak 4,000 ahli PAS, saya masih ada majoriti 4,000 undi. Di mana saya nak letak muka kalau mereka datang jumpa saya?" katanya.






6 comments:

  1. Fikiran jumud dari seorang yang telah dilantik kejawatan tertinggi PAS tidak eperti almarhum TGNA bila bercakap berlapik dengan ungkapan yang tidak menyakitkan hati sesiapa.

    ReplyDelete
  2. x terkedu lansung beb!...sebab matlamat pon dah berbeza

    ReplyDelete
  3. betul la sbb kes fikir menang tu.sanggup jd pak turut..tp pkr dap mng bukan sbb pas ada dlm pakatan ke....pas makin kuat dan d sayangi lagi2 bila berseorangan..malah makin d hormati

    ReplyDelete
  4. mcm tu ka jawapan..

    ReplyDelete
  5. mcm tu ka jawapan...

    ReplyDelete
  6. Jangan cakap saja buat lah pakatan baru, barunlah ada oomph yang mengancam

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...