Friday, 24 July 2015

Tuan Guru Presiden Warning Ahli PAS


Tuan Guru Presiden Warning Ahli PAS. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan ahli parti itu tidak menjadikan DAP sebagai "wali" atau ketua.

Beliau berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya dalam kenyataan media bertajuk ‘Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja’.

Kenyataan Hadi itu sebagai reaksi kepada tindakan sekumpulan pemimpin PAS yang diketuai bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang menubuhkan parti serpihan, Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang diuar-uarkan akan menggantikan PAS dalam gabungan parti pembangkang.


GHB dijadual ditubuhkan pada 14 September depan.  

Beliau juga turut memuji ahli PAS yang tidak 'merajuk' dan terus beristiqamah atau taat menjalankan sesuatu urusan walaupun tidak terpilih dalam muktamar PAS atau tidak tercalon dalam pilihan raya dan 'tidak mendapat projek dan balak'.

Tuan Guru Presiden Warning Ahli PAS

"Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya saja, tetapi tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan PAS.

"Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan pula hanya memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia saja," katanya.

Hadi berkata sesiapa yang tidak istiqamah atas akidah, dasar dan matlamat pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah maha mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya.


Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Bukan keluar Islam beb. Keluar dari parti yang dipimpin oleh orang serabut. Masih taat malah lebih taat kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...