Thursday, 2 July 2015

Tembelang BN Terbarai Lagi?


Tembelang BN Terbarai Lagi? Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyeleweng sejumlah RM129 juta untuk pembelian empat hartanah di Australia, dakwa Rafizi Ramli. Pengarah Eksekutif National Oversight & Whistleblowers (NOW) itu mendakwa, penyelewengan berlaku apabila MARA Inc membeli aset itu dengan harga lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Dalam empat siri pendedahannya, Ahli Parlimen Pandan itu menyenaraikan empat aset yang dibeli oleh MARA Inc dan jumlah lebihan bayaran yang telah dibuat.

Aset itu ialah The Dudley House (dibeli RM15.2 juta lebih tinggi daripada harga pasaran), 333 Exhibition Street (RM33 juta lebih tinggi ) dan 51 Queen Street (RM18 juta lebih tinggi ).

Dalam sidang akhbar pada Khamis, dia mendedahkan hartanah keempat yang dibeli MARA di 746 Swanston Street yang telah dibeli dengan harga RM138.6 juta berbanding harga pasaran RM75.7 juta.

“Ini bermakna terdapat perbezaan harga sebanyak RM63 juta diantara jumlah yang dilulus dan dilaporkan MARA,” katanya.



Naib Presiden PKR itu merujuk kepada dokumen MARA yang dibentangkan kepada Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa pada 20 Mei 2014 yang menyebut unit kediaman itu dibeli dengan harga RM138.6 juta pada 28 Ogos 2012.

Tembelang BN Terbarai Lagi? 

Rafizi membangkitkan persoalan yang perlu dijawab oleh MARA iaitu kemana perginya lebihan wang yang telah dibayar itu.

“Jumlah yang diluluskan oleh MARA tidak semuanya digunakan untuk membeli unit-unit hartanah di 746, Swanston Street yang dilaporkan bernilai lebih kurang separuh dari peruntukan yang dibelanjakan dan dilaporkan oleh MARA Inc.

“Ini hanya kerja orang makan duit sahaja,” katanya sambil menegaskan MARA akan alami kerugian sekiranya hartanah yang dibeli dengan harga tinggi itu dijual balik seperti yang berlaku kepada Lembaga Tabung Haji.

Rafizi berkata, Pengarah Kedua NOW, Akmal Nasir, akan ke Australia pada 10-14 Julai ini untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa negara itu supaya menyiasat penyelewengan hartanah yang dibeli oleh MARA.

“Hanya dengan cara ini individu dan pihak yang terlibat boleh dibawa ke muka pengadilan,” tegasnya.

Rafizi memberi amaran pendedahan selepas ini melibatkan individu-individu di belakang urus niaga dan bagaimana urus niaga itu dilaksanakan di Australia.


Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...