Saturday, 1 August 2015

Tanpa Disangka.. Tetamu Kehormat Belasah Najib


Tanpa Disangka.. Tetamu Kehormat Belasah Najib. Perdana Menteri Britain David Cameron yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak semalam meminta perdana menteri Malaysia itu menyelesaikan masalah kerajaan seperti skandal rasuah, lapor akhbar United Kingdom (UK), The Telegraph.

Cameron mengadakan perbincangan panjang dengan Najib dalam lawatannya bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan sempat menggesa Putrajaya memberikan rawatan sewajarnya kepada pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat, lapor akhbar berkenaan.

Penasihat keselamatan negara Sir Kim Darroch dilaporkan The Telegraph berjumpa dengan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai bagi berbincang tentang kebebasan media dan rawatan ayahnya.


Cameron pada ketika ini didesak beberapa pemimpin pembangkang untuk membatalkan lawatan ke Malaysia ketika beliau mengarahkan pelabur membiayai projek infrastruktur "Northern Powerhouse" di Britain.

"Tak salah adakan lawatan, tiada apa perlu disembunyikan. Kita perlu berbincang mengenai beberapa isu termasuk isu yang dimaksudkan.

"Kita sering adakan perbincangan dengan masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, pejuang anti rasuah dan yang lain-lain dalam lawatan itu nanti," kata Cameron seperti dilaporkan The Telegraph.

Cameron dalam lawatannya ke Malaysia juga sempat bertemu pemimpin masyarakat sivil termasuk wartawan, peguam dan pemimpin kumpulan G25 yang memperjuangkan kebebasan media dan ruang demokrasi yang lebih baik.

Tanpa Disangka.. Tetamu Kehormat Belasah Najib


Pegawai UK menekankan lawatan ini untuk membina hubungan antara "rakyat" dan bukan pemimpin.

Selepas pertemuan empat mata, difahamkan Cameron mengulangi mesej mahu berjumpa dengan ramai lagi pemimpin kerajaan Malaysia bersama Najib.

Cameron dalam ucapannya di Singapura Selasa lalu mengutuk perbuatan rasuah sebagai "musuh utama" yang menghalang perkembangan serta menyentuh isu migrasi dan al-Qaeda.

"Kita mempunyai hubungan kukuh yang membolehkan kita berbincang tentang beberapa isu sukar. Saya ingin membangkitkan mengenai isu dalam ucapan saya awal minggu ini seperi etika dalam perniagaan dan memerangi rasuah.

"Kita perlu bekerjasama demi masyarakat dan ekonomi yang terbuka," katanya.

Najib kini menerima tekanan akibat skandal kehilangan RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta dakwaan RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadinya.

Najib turut menamatkan khidmat peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menjadi salah seorang ahli pasukan khas menyiasat skandal itu, serta memecat timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana lantang mengkritik isu 1MDB.



Iklan B (ii)







7 comments:

  1. masuk telinga kanan keluar telinga kiri je tu..

    ReplyDelete
  2. Takda telinga.....lubang aje.....angin terus bolos dari kiri ke kanan

    ReplyDelete
  3. jika makan duit haram hati jadi keras

    ReplyDelete
  4. hahahahha lawok eh abe kelate

    ReplyDelete
  5. Kerana abang Jib & Mah Umno rosak. Apakah orang Umno tak tahu hal ini? Apakah orang Umno tak sayang Umno lagi? Pangkat dan duit hanya habuan sementara di dunia. Hidup kita tak lama. Bila mati satu benda pun tak di bawa bersama. Inilah tabiat manusia. Nafsu dunia mengatasi segala-galanya. Apa faedahnya? Seronok hanya sekejap. Akhirat juga tempat abadi......

    ReplyDelete
  6. Lesson learned - Mungkin Najib tak bersalah tetapi nama beliau sudah tercalar teruk untuk membina keyakinan semua orang terhadap dirinya.

    ReplyDelete
  7. Allah swt yang mengilhamkan abg Jib & kak Moh agar membahagi2kan kekayaan negara melalui BR1M...nak harapkan PR? huhh jauh panggang dari api.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...