Sunday, 12 July 2015

Tanpa Disangka.. PAS Kawasan Bukit Katil Buat Kejutan


Tanpa Disangka.. PAS Kawasan Bukit Katil Buat Kejutan. PAS kawasan Bukit Katil mempertikaikan pengumuman lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perhubungan PAS negeri atas alasan ia tidak memenuhi syarat yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Yang Dipertua (YDP) Mohd Sofi Abdul Wahab mendakwa, beliau tidak dipanggil pesuruhjaya PAS negeri bagi menghadiri mesyuarat pertama membincangkan pelantikan AJK seperti termaktub dalam Fasal 40 ceraian 5 perlembagaan parti.

"Saya sebagai YDP PAS kawasan Bukit Katil ingin menegaskan, pelantikan AJK Badan Perhubungan Negeri Melaka yang disiarkan dalam media beberapa hari lepas tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan parti sendiri.

Untuk makluman, sehingga kini saya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Bukit Katil dan setiausaha PAS kawasan Bukit Katil tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat perhubungan negeri sebelum ini.


Tanpa Disangka.. PAS Kawasan Bukit Katil Buat Kejutan

"Sepatutnya pesuruhjaya PAS negeri mesti memanggil mesyuarat pertama perhubungan dengan kehadiran semua YDP dan setiausaha PAS kawasan serta ketua dan setiausaha Dewan bagi membincangkan pelantikan AJK seperti dalam fasal 40 tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau ada menghubungi pesuruhjaya PAS negeri bagi membincangkan perkara itu tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan mengenainya."Apa yang menghairankan, bagaimana pesuruhjaya PAS negeri boleh membelakangkan YDP PAS Kawasan, ketua Dewan dan setiausaha masing-masing dalam hal pelantikan ini.

"Saya menghubungi beliau beberapa hari lalu dengan menyatakan isu ini, tetapi sehingga hari ini beliau tidak membuat sebarang tindakan menyelesaikannya," katanya.Justeru, Sofi menggesa agar pelantikan itu ditarik balik."

Saya mencadangkan kepada pesuruhjaya PAS Melaka supaya menarik balik kenyataan akhbar tentang pelantikan tersebut serta memohon maaf kepada semua YDP dan setiausaha kawasan serta ketua dan setiausaha Dewan yang dibelakangkan," katanya.

Sumber


Iklan B (ii)







5 comments:

  1. Pesuruhjaya kena ketar.... tolong ketar sebab you dah langgar perlembagaan parti.

    ReplyDelete
  2. UMNO + PAS = SEMAKIN MENGARUT dan TAK BOLEH DIPERCAYAI.

    ReplyDelete
  3. Baguslah tapi perlu terima juga yang Pakatan Rakyat menjadi Pakatan ber-4 apabila tertubuhanya parti baru kelak. Terang-terang PKR dan DAP setuju untuk membawa masuk parti baru dlm PR. Pas setuju atau tidak terpaksa menerima idea tersebut kecuali PAS keluar dari pakatan tersebut.
    Pas paling akan terkesan jika kekal bersama kerana Parti Baru akan menuntut hak di kawasan DUN dan Parlimen yg mereka menangi sebagai menegkalkan status Quo.

    Selangor juga akan berubah kerana Parti Baru akan mengambil 1/3 hak Pas dlm kerajaan Negeri ( 1 exco dan jawatan dlm GLC ) Ini berlaku jika 2 adun yg di BARUA dan digantung menyertai Parti Baru.

    Pas keluar PR dan sendiri lg parah, pasti sekadar sedikit utuh di Pantai Timur sahaja kerana pola politik pantai barat berbeza. Jika sertai UMNO pasti grass-root Pas tak akan dapat terima kecuali kabilah Walaun sahaja lah. Pantai Timur juga tiada jaminan dan lihat Terengganu dapat sepenggal sahaja kerana Hadi tidak wujud di hati rakyat Terengganu seperti Arwah Tuan Guru di hati rakyat Kelantan, maka Terengganu kekallah jika ceramah di Rusila berkilometer kena jalan kaki kerana ramai datang tp bila PRU tetap BUNGKUS juga.
    Jadi diseur seluruh warga PAS yg berjawatan di Pulau Pinang diarah letak jawatan seandainya Muktamar/Dewan Ulama/ MSU lebih mulia dari DUIT. Berambus lah dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur.

    Teruskan lah maju jaya pd Barisan Kepimpinan Cai yg ada antaranya suka MENJEBON, MEMBARUA dan MENTOLOL kan orang lain.

    Harapan Baru

    ReplyDelete
  4. samada PAS ni jahilyah perlembagaan parti sendiri

    atau

    ada arahan ghaib utk bersihkan jebon hingga ke akar umbi

    PAS semakin binasa.... kerana lari dr perjuangan iaitu

    bukan lagi kerana Allah tp sudah mula menghidu kebendaan

    bermula dari imamnya sendiri

    ReplyDelete
  5. Parti baru yang bakal ditubuhkan selepas hari raya ini nanti juga tidak memerlukan simpati daripada Pas. Minta supaya pemimpin Pas masa kini tidak menabur fitnah lagi pada kepimpinan parti baru ini nanti. Takut nanti jika Pas dianggap sebagai parti kaki fitnah pulak. Biarlah parti baru ini nanti bergerak sendiri tanpa ada gangguan daripada pemimpin Pas. Perlu diingatkan bahawa ahli parti baru ini nanti bukan lagi ahli Pas.

    Tak nak bekerjasama pun tak apa tetapi tolong jangan ganggu parti baru yang bakal ditubuhkan ini nanti. Tujuan parti baru ini bukan untuk menumbangkan Pas tetapi untuk menumbangkan umno. Harap pemimpin Pas masa kini di bawah kepimpinan Haji Hadi dapat memahami perkara ini.

    Tolong jangan buat fitnah atau memanjangkan lagi fitnah. Allah melarang perbuatan itu. Golongan ulamak wajib tahu hukum membuat, mempercayai dan memanjangkan fitnah kan? Kalau dah faham tolong jangan buat atau panjangkan fitnah. Takut pemimpin Pas nanti akan dibakar oleh api neraka

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...