Friday, 24 July 2015

Tanpa Disangka.. Andre Xavier Justo Buka Mulut


Tanpa Disangka.. Andre Xavier Justo Buka Mulut. Kami merujuk kepada berita akhbar Singapura, Straits Times (ST) hari ini (24 Julai) di mana Andre Xavier Justo menuduh kami tidak membayar kepadanya apa yang dipersetujui bagi maklumat diberi berhubung skandal usaha sama 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi.

Pertama, kami mengatakan wartawan ST pasti mempunyai hubungan "kuat" sehingga diberi akses kepada Justo di penjara Bangkok, sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang kini berada  di Bangkok, setakat ini tidak menerima akses kepada Justo.

Kami tertanya-tanya kemungkinan wujudnya pihak tertentu yang berkuasa mengatur Nirrmal Ghosh daripada ST menemui Justo supaya beliau boleh melancarkan serangan ke atas kami?


Justo jelas adalah seorang lelaki marah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.

Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.

Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa.

Bagi tuduhan Justo kami memberitahunya untuk mengubah dokumen dan objektif kami menjatuhkan kerajaan, sesungguhnya jika kami mempunyai niat sedemikian, kami tidak akan memberitahu kepada orang yang baharu pertama kali ditemui.

Tanpa Disangka.. Andre Xavier Justo Buka Mulut

Apatah lagi jika kami tahu beliau akan marah kerana kami tidak membayar sebagaimana diingini.

Tiada pengubahsuaian kerana kami segera melakukan “digital finger print” cakera padat yang mengandungi lebih 400,000 emel dan dokumen dan melindunginya.

Apa yang terkandung dalam cakera yang kami beri kepada Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini adalah salinan asal yang diserahkan Justo kepada kami dan beliau berkata tidak melakukan sebarang ubah suai.

Tambahan pula, jejak wang yang kami berjaya kesan dan serahkan kepada penyiasat menunjukkan bagaimana wang daripada 1MDB dipindahkan ke dalam akaun pelbagai individu di beberapa bank-bank global di beberapa negara dengan mudah dan boleh disahkan penyelidik dengan bantuan rakan-rakan mereka di negara ini.

Justo disifatkan seorang lelaki yang kecewa. Tetapi ia bukan mengenai Justo, ia mengenai kita.

Ia skim menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion melalui usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Hakikat banyak agensi kerajaan sedang menyiasat 1MDB dan kini sebuah syarikat hampir bankrap perlu diselamatkan mengesahkan semua kerja The Edge Media Group lakukan untuk mendedahkan apa yang berlaku.

Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia membantu penyiasat tidak seperti beberapa pihak yang seolah-olah sudah menghilangkan diri.

* Tong Kooi Ong adalah pengerusi The Edge Media Group dan Ho Kay Tat adalah penerbit. The Malaysian Insider adalah sebahagian daripada kumpulan The Edge Media Group.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...