Wednesday, 1 July 2015

Tabung Haji U Turn?


Tabung Haji U Turn? Pemuda PKR hari ini mempersoalkan kenapa tanah Lembaga Tabung Haji di Tun Razak Exchange (TRX) masih belum dijual sedangkan ia sebelum ini mendakwa terdapat pembeli berminat yang menanti untuk membelinya.

Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil bertanya sekiranya badan pengendali urusan haji itu kini membuat pusingan-U dan tidak akan menjual tanah seluas 0.66ha yang dibeli dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) itu.

Fahmi berkata, pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada 9 Mei berkata, pihaknya menerima tiga tawaran, satu daripadanya menawarkan untuk membeli dengan harga RM188.5 juta, memberi keuntungan RM5 juta kepada Tabung Haji.

Tabung Haji membeli tanah itu pada harga RM188 juta dari 1MDB pada April untuk membina menara kediaman.

Tabung Haji U Turn?

Pembelian itu 43 kali ganda harga yang dibayar syarikat sarat hutang itu, untuk plot tanah yang sama, kepada kerajaan persekutuan empat tahun lalu.


Fahmi juga berkata, Azeez ketika itu mendakwa keputusan akan dibuat dalam tempoh dua minggu atau sebelum 23 Mei.

Namun sehingga hari ini, rakyat Malaysia belum lagi diberi gambaran jelas apa sebenarnya yang akan berlaku kepada urusniaga itu, kata Fahmi.

"Atau apakah sudah berlaku 'U-turn' dalam keputusan lembaga? Jika ya, rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan kenapa Azeez boleh berkata satu keputusan tentang pembeli akan dibuat sekitar hujung bulan Mei," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...