Wednesday, 29 July 2015

Suasana Sedih Semasa Pemecatan Muhyiddin.. Gambar Sebagai Bukti


Suasana Sedih Semasa Pemecatan Muhyiddin. Najwa Mahiaddin, anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dari Kabinet hari ini menyerahkan nasib keluarga mereka kepada Tuhan.

"Allah knows best (Allah yang Maha Mengetahui)," tulisnya di laman Twitternya di akaun @najwamahiaddin pada jam 1.55 tengah hari, beberapa minit selepas pengumuman rombakan Kabinet diumumkan perdana menteri.

Beliau yang merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengeluarkan bapanya dari barisan Kabinet baru hari ini, bersama beberapa orang menteri lain.

Postingnya itu sehingga kini mendapat ulangan tweet kira-kira 3,800 kali dan disukai 936 pengguna Twitter.


Najwa juga mengulang tweet seorang pengguna dengan nama Farid Farish yang memuatnaik di Twitternya gambar Muhyiddin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, berpelukan dalam suasana yang mengharukan.

Rata-rata, pengikutnya di Twitter memberi respons yang positif dengan memberikan kata-kata dorongan kepadanya serta ada juga memberikan kenyataan pedas seakan-akan menyindir pemimpin BN yang lain.

Suasana Sedih Semasa Pemecatan Muhyiddin

Tuan Cohen @amirulhafiqq berkata "@najwamahiaddin sabarlah, kak. Dah terang lg bersuluh, tp ramai yg masih bodoh."

Manakala rakan penyanyinya Yuna Zarai di @yunamusic menyokong tulisan di Twitternya dengan berkata, "@najwamahiaddin sending love and support your way Najwa. (Saya sampaikan kasih sayang dan dorongan kepada anda, Najwa).

Sementara seorang pengikut dengan nama Azmi di akaun @wakazmi berkata: "org johor bersama tansri. Yes Allah knows best."

Ali Amir Razali di @aliamirrazali berkata: "semoga TS tabah. Hope u all r okay. Sad day (Harap anda semua okay. Hari yang menyedihkan)."

Manakala, Marr Mohamad di @MarrMohamad menulis: "Kami di belakang ayahmu. Allah maha mengetahui segalanya!"

Twitter beliau meraih lebih dari 5,000 retweet hanya dua jam selepas menulisnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman tersebut hari ini dalam satu siaran secara langsung, mengesahkan laporan The Malaysian Insider pagi ini tentang rombakan kabinet.

Najib mengakui menyingkirkan Muhyiddin sebagai timbalannya satu "keputusan amat sukar" tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan Kabinet bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

"Saya boleh terima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan pada forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara," katanya.

Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility), kata Najib.

Beliau berkata, rombakan Kabinet itu dilakukan selepas mengambil kira pertimbangan politik dan keperluan pentadbiran beliau bagi memastikan ia komited dan sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara.


Iklan B (ii)







10 comments:

  1. ape nak sedih nya..you are veteran.your life and your family life is secure now and you have everything alredy accept become PM.yand salah tetap salah..fokus on this now rakyat akan kenai kamu sebagai pejuang bukan bersetelongkol dgn Najib..DO IT DONT TALK ONLY.

    ReplyDelete
  2. Malapetaka dan bencana tak habis habis menimpa malaysia angkara najib dan rosmah peminpin yg dipilih olih puak umno bn. Memang malang rakyat yg tinggal dinegara ini habis nak buat macamana .

    ReplyDelete
  3. LAWAK JENAKA SUDAH ADA PAKATAN DALAM PEMECATAN INI

    ReplyDelete
  4. ZAID HAMIDI TAK SEDIH PUN

    ReplyDelete
  5. Silap strategi, silap step. Perlu belajar lagi sekolah politik era baharu. Tengok apa orang ZH buat.

    ReplyDelete
  6. bru kamu gasa... mcm tu lah masa anwar di pecat dan di jatuh hukum... kira kamu byk bagus la...ayah kamu tak kena penjara..

    ReplyDelete
  7. Apasal nak sedih? Takkan nak suruh bapak sendiri kerja sampai berpuluh-puluh tahun? Atau sebab nanti takbleh nak jual nama bapak sendiri bila nakkan sesuatu?

    ReplyDelete
  8. tak payah sedih sangat, walaupun digugurkan, pencen tetap ada! itu yang penting, Duduk lepak kat rumah, bulan-bulan tetap ada duit.
    RM 8,000 lebih pencen tpm rasa-rasanya!

    ReplyDelete
  9. Buat undi tak percaya. Amacam.

    ReplyDelete
  10. Muhiddin kene pecat ke, Zahid naik jadi DPM ke esok aku tetap juga kena gi noreh. Jika harga getah naik sikit, barangkali dapatlah kutukar kasut anak yang dah berlubang kat ibu jari...sian dia.... tapi kalau ditakdirkan hujan...memang haramjadah Si Najib ni..... tak habis-habis menipu rakyat.....ehhh terkeluar tajuk pulak....tak pe la ...lepaskan geram skali skale...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...