Wednesday, 1 July 2015

Siapa Punya Kerja Khianat Ni?


Siapa Punya Kerja Khianat Ni? Laman web Sarawak Report diserang, kata portal pemberi maklumat yang berpangkalan di London di akaun Twitter petang ini. Menggunakan akaun pengendali @sarawak_report, ia berkata: "Kami sedang cuba untuk terus online tetapi berdepan serangan berterusan di laman web kami. Sila ikuti kami di Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini. #1MDB”.

Bagaimanapun, pemeriksaan The Malaysian Insider mendapati laman web itu masih boleh dilayari.

Sarawak Report mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini selepas akhbar New Straits Times (NST) mendedahkan bekas pengarah PSI Xavier Andre Justo didakwa membocorkan maklumat yang ada kaitan dengan syarikat 1MDB kepada Sarawak Report.

Pada Jumaat lalu, Sarawak Report bagaimanapun meragui tindakan akhbar itu menghantar wartawan mereka ke Bangkok bagi melaporkan "wayang" penangkapan Justo yang disebut sebagai sumber emel dibekalkan kepada Sarawak Report.

"Kami boleh sahkan tiada bukti dikemukakan setakat ini bagi menyokong dakwaan 'putar belit' yang dibuat NSTP sejak 48 jam lalu dan dipetik beberapa media, penulis blog dan ahli politik Umno," katanya.


Siapa Punya Kerja Khianat Ni?

Sarawak Report awal bulan lalu mendakwa perjanjian usahasama 1MDB-PetroSaudi dimulakan ahli perniagaan Low Taek Jho dan pasukannya pada 8 September, 2009 iaitu hampir sebulan sebelum perjanjian itu ditandatangani.

Ahli Parlimen DAP Tony Pua berkata PSI juga mewujudkan anak syarikat, 1MDB-PetroSaudi pada 18 September tahun sama, 10 hari sebelum anak syarikatnya menerima AS$1 bilion daripada 1MDB.

Empat hari kemudian, pada 29 September, 1MDB membeli 40% saham baharu dalam 1MDB-PetroSaudi dan menyuntik RM1 bilion dalam bentuk wang tunai.

Keesokannya, sejumlah AS$700 juta dibawa keluar daripada 1MDB-PetroSaudi dan diberikan kepada PetroSaudi International.


Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...