Friday, 24 July 2015

Rupanya Sumpah Bai'ah Talak 3 Adun Dan Ahli Parlimen PAS Tidak Sah


Sumpah Bai'ah Talak 3 Adun Dan Ahli Parlimen PAS Tidak Sah. Jabatan Mufti Neger Pulau Pinang menerima banyak pertayaan daripada orang ramai mengenai sumpah bai'ah (kesetiaan) yang dilafazkan oleh ahli DUN dan Parlimen Parti Islam Semalaysia (PAS) dengan tertalaknya isteri dengan talak 3 sekiranya keluar parti atau melompat ke parti lain. 

Pertama sekali saya selaku Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan rasa kesal terhadap sikap memandang ringan dan memudah-mudahkan terhadap lafaz talaq semata-mata untuk mencapai kepentingan diri atau kumpulan sendiri, sedangkan talaq atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci Allah walaupun ianya diharuskan di dalam syari'at dalam keadaan yang terpaksa dilakukan kerana mempertimbangkan kemudaratan yang lebih besar skiranya hubungan antara pasangan diteruskan.


Oleh yang demikian ikatan perkahwinan adalah tidak wajar sama sekali dileraikan semata-mata untuk memaksa kesetiaan seorang Muslim kepada sebuah parti politik atau apa jua pertubuhan yang berkepentingan.

Sumpah Bai'ah Talak 3 Adun Dan Ahli Parlimen PAS Tidak Sah

Talaq tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh sisuami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini. 

Sehubungan ini, saya menasihatkan kepada setiap orang yang telah melafazkan sumpah ta'liq yang tersebut supaya menebus sumpah itu dengan cara memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang fakir miskin atau, jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 3 hari sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Qur'an, surah al-Maidah 89. 

Difahamkan daripada ayat ini bahawa sumpah yang dipaksa ke atas seseorang melafazkannya boleh dikategorikan sebagai sumpah yang lagha atau tidak dilakukan dengan niat yang sebenar. 

Sekian, semoga mendapat pethatian semua pihak. 


DATO' DR WAN SALIM WAN MOHD NOOR
MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.


Iklan B (ii)







12 comments:

  1. Bukanlah susah mana nak tebus sumpah tu. Sumpah org melayu dgn raja tanggung seumur hidup, langgar sumpah kena daulat. Melayu ni Islam dulu(betul) atau adat yg betul? Berjuang kerana melayu, nabi kata assobiyah bukan dari golonganku. Nabi pun tak mengaku golongannya. Habis cam mano?

    Pas ni berjuang Islam ke? melayu?

    abuamir

    ReplyDelete
  2. bagus juga pas teruskan baiah paling bodoh mcm ni..mudah-mudahan yak akan ada yg sanggup jadi calon parti pas masa depan...

    ReplyDelete
  3. kalau tidak sah, kenapa perlu penebusan? Mufti P. Pinang sila jelaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahnya.. mengarut betul..

      Delete
  4. Salam semua: Lawak PAS tak habis-habis,tak faham macamana idea karut talak3 boleh berlaku.

    Okay let's move back idea "luar kotak" memperbaiki ekonomi ahli-ahli GHB:
    dicadangkan GHB set-up Satu department kusus untuk kebajikan ahli-ahlinya:
    Kenapa S46,BERJASA dan HAMIM Fail sebab mereka gagal tiada plan untuk ahli2nya,mereka cuma digunakan pada pilihanraya sahaja, lepastu buat haluan masing2.PKR pun menuju kearah itu mungkin 10-20thn lagi.Baru2 ini 4 ahli2nya yg hardcore,sanggup bersama kena acid fru,masuk penjara,mereka telah meningalkan kita ini.Apa jadi pada keluarga mereka,tidak terurus,sedangkan kematian mereka tiada ketua ranting dan cabang datang menjiarahi mereka.sedihkan apa akan jadi sokongan keluarga2 mereka.
    contoh yg baik dari umno,walaupun saya dan sekeluarga dah meninggalkan umno sejak 1988, surat jemputan hariraya masih lagi sampai dipeti surat rumah saya.
    cadangan hasil kutipan zakat untuk ahli gunakan modal untuk berniaga:
    Perniagaan yg paling menguntukan sekarang ini ialah membuka kedai makan:orang malaysia ni kuat makan,pagai,petang,malam..makan..makan..makan..
    Apa kata memulaka kedai makan style mamak,24hrs:umpamanya Harapan baru curry house.Di buka di setiap DUN,tempat strategic,orng2 awam tertumpu 24 jam,ada screen besar,bila ada primier league,mu lwn liverpool,penuh.
    Disebelah kedai, didirkan markas,surau.
    Bila time sembahyang,azan berkumandang dikuatkan.
    Bila adanya kedai makan ahli-ahli lain boleh tumpang semangkuk,hantar kueh-muih,nasi lemak ,buat sate dan pelbagai lagi.
    Di kedai makan ini,kita boleh letakkan surat khabar keadilan,roketkini,selangor kini,harakah....ooops silap..AKbar GHB..yg baru..
    Contoh yg terbaik ialah AMJAL restaurant depan university malaya.Baru-baru ini AMJAL memberi laluan ceramah GHB..hebat2 ramai yg hadhir.

    Sekian sahaja,idea yg tak seberapa.Kita focus menjatuhkan BN,disamping tidak mengabaikan ahli-ahlinya.

    Just my 2 cents.
    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba keluar parti dulu lepas tu buatlah apa saje.. jgn terus jadi gunting dlm lipatan..

      Delete
    2. Cuba keluar parti dulu lepas tu buatlah apa saje.. jgn terus jadi gunting dlm lipatan..

      Delete
  5. Idea cemerlang.Zaman ni kite nak kan bukti..bukan hanya kate kate yg tkde harga.Penyokong sanggup berhadapan dgn berbagai kepayahan bukan dapat ape pun.
    Kekadang tk dikenali.....buatlah sesuatu yg berbeza dan berkesan

    ReplyDelete
  6. Kalau camtu lafaz takliq dalam pernikahan juga tidak sah atau boleh tebus dengam cara yang sama. Mahkamah syriah tak boleh lulus penceraian melalui lafaz taliq. Camana Mufti P.Pinang

    ReplyDelete
  7. Perbaiki diri sendiri.....ni hari hari nak korek hal orng..........dulu tak pong

    ReplyDelete
  8. perbaiki diri sendiri,,,,,,,,,jangan nak tulis dan cari salah orng jer

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...