Friday, 31 July 2015

Rupanya PM Kontroversi Ni Pengecut.. Inikah Buktinya?


Rupanya PM Kontroversi Ni Pengecut.. Inikah Buktinya? Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membidas tindakan Datuk Seri Najib Razak membatalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sepatutnya berlangsung esok susulan pemecatan timbalan presiden serta naib presiden parti daripada jawatan kerajaan.

Menurutnya, ia berbeza dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu yang tetap meneruskan mesyuarat walaupun tidak pasti akan sokongan ahli MT terhadapnya sewaktu memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan (Datuk Seri) Shafie Afdal yang menjadi mangsa pemecatan tidak berpotensi untuk menimbulkan kekacauan tetapi kenyataan mereka untuk hadir di MT sudah cukup mengancam perasaan Najib.

Rupanya PM Kontroversi Ni Pengecut.. Inikah Buktinya? 


"Ini berbeza dengan Dr Mahathir yang walaupun tidak pasti sokongan terhadapnya tetapi memanggil mesyuarat MT sebaik sahaja memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

"Najib nampaknya tidak berani mengambil risiko walaupun beliau pasti sebahagian besar anggota MT menyokongnya," kata Zam dalam tulisan terbaru di blognya.

Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran dalam rombakan Kabinet pada Selasa lalu, menyaksikan Najib menyingkirkan mereka yang mempersoalkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut disingkirkan sebagai menteri. Kedua-duanya masih mengekalkan kedudukan dalam Umno.



Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Isu Tun jauh berbeza sebab DSAI telah terbukti dengan salah lakunya itu. Walhal Tan Sri Muhyiddin dosa besarnya sebab dia begitu berani untuk bersuara ttg kekeliruan semasa yg telah pun bersarang di minda semua orang. Mungkin PM Najib segan dan malu untuk berdepan dan bertentang mata dgn mantan TPM yang telah dipecatnya itu.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...