Tuesday, 28 July 2015

Rupanya Ini Punca Muhyiddin Serang Najib Malam Tadi


Rupanya Ini Punca Muhyiddin Serang Najib Malam Tadi. Baru semalam blog ini menulis mengenai Muhyiddin Yassin yang agak senyap mengenai 1MDB sejak kebelakangan ini, beliau akhirnya melontarkan "peluru" yang ditunggu ramai ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sebuah hotel di ibu negara.

Jika Perdana Menteri Najib Razak semakin mengelak kebelakangan ini untuk bercakap mengenai 1MDB, malah di majlis rumah terbuka Tun Abdullah Badawi, beliau hanya menjawab "okaylah" saja apabila ditanya oleh wartawan, Muhyiddin nampaknya masih boleh disandarkan kepercayaan atas sikap dan keprihatinannya yang terbaru ini.

Kata Muhyiddin, sebagai anak tok guru, beliau ada hak untuk berkata yang benar sebagaimana yang selalu diajar oleh bapanya.


Okaylah, masih ada harapan lagi nampaknya pada Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri ini...

UMNO Bahagian Cheras pimpinan Syed Ali Alhabshee yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi PNS merupakan bahagian pertama yang mengadakan mesyuarat perwakilannya pada tahun ini dan Muhyiddin pula menjadi pemimpin UMNO yang pertama diberi penghormatan untuk merasmikannya.

Rupanya Ini Punca Muhyiddin Serang Najib Malam Tadi

Pemimpin UMNO yang lain, termasuk Najib belum lagi merasmikan mesyuarat perwakilan mana-mana bahagian dan mungkin mulai minggu depan barulah mereka sibuk dengannya.

Antara intipati "peluru" ucapan Muhyiddin berkaitan 1MDB di Cheras itu ialah:-



- Saya baca The Edge yang digantung permitnya untuk faham mengenai 1MDB. Kalau The Edge tak betul, tunjukkan saya apa yang betul.

- BN akan kalah jika Najib adakan pilihanraya dalam waktu terdekat ini.

- Tun Mahathir ibarat bapa kita. Berhentilah menghentamnya kerana ia akan menjadikan bekas Perdana Menterti itu tambah popular, manakala kita jadi semakin jatuh.

Secara umumnya apa yang disebut oleh Muhyiddin ini mencakupi keseluruhan kebimbangan yang ada di kalangan rakyat dan ahli UMNO peringkat akar umbi. Isu 1MDB dan kaitannya dengan Najib adalah perkara besar yang sedang menghenyak kedudukan parti dan kerajaan ke paras paling rendah di sisi rakyat ketika ini.

Ia bukan saja berkaitan hutang, pelaburan, Jho Low dan pelbagai keraguan lain mengenai syarikat pelaburan itu, tetapi yang lebih membingungkan ialah tidak pernah sebelum ini mana-mana Perdana Menteri dituduh menerima kemasukan wang ke dalam akaun peribadi sebesar RM2.6 bilion jumlahnya.

Orang kampung dan makcik Felda barangkali boleh jadi pening kepala dan mamai berhari-hari memikirkan jumlah wang sebanyak itu.

Apatah lagi, tuduhan itu tidak dijawab dengan mantap oleh Najib sendiri yang menyebabkan berlegarnya pelbagai spekulasi liar mengenainya sehingga bukan saja menyebabkan pengundi tegar pembangkang dan atas pagar bertekad untuk terus menjauhi kerajaan, malah penyokong BN sendiri ramai yang mulai beralih arah.

Ada yang bertekad tidak mahu lagi mengundi BN berikutan isu ini, manakala yang lain sehingga bersumpah mengharamkan undi mereka kepada BN selagi Najib menjadi Perdana Menteri.

Sesuai dengan mesyuarat perwakilan UMNO  yang baru bermula sekarang, apa yang dilontarkan oleh Muhyiddin ini sebenarnya tidak memberi apa-apa makna jika tidak disambut oleh bahagian-bahagian lain yang bermesyuarat selepas ini.

Menjadi pemimpin yang pertama merasmikan mesyuarat perwakilan tahun ini, Muhyiddin seolah-olah sudah membuka gelanggang untuk UMNO memilih sama ada berpencak silat mempertahankan diri daripada serangan musuh dan mengekalkan kuasa atau sekadar berani bersilat di depan pengantin saja.

Adalah menjadi peranan dan tanggungjawab UMNO bahagian-bahagian untuk menghantar mesej yang lebih jelas kepada parti dan pucuk pimpinan bahawa kemelut 1MDB ini tidak boleh lagi ditangani dengan bodek, ampu atau pujian semata-mata.

Lagi baik, jika semua orang mulai berhenti daripada mencium tangan Najib selepas ini.

Bodek, ampu, pujian dan cium tangan hanya akan melekakan Najib untuk menetap lebih lama di Seri Perdana, sedangkan ianya semakin tidak membawa kebaikan lagi untuk rakyat seluruhnya.

Isyarat berhenti dan menetapkan tarikh peralihan kuasa mesti diberikan kepada Najib melalui mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian tahun ini jika UMNO tidak mahu kehilangan kuasanya dalam PRU 14 akan datang. 


Iklan B (ii)







9 comments:

  1. Abang Din telah bersuara.

    ReplyDelete
  2. Walaupun DS Anwar berjaya didiamkan namun mereka tetap tidak aman. Memang ada rahmat DS Anwar dipenjarakan, kalau tidak pasti semua salah DS Anwar Ibrahim. Sekarang fitnah kepada telah berjaya disunyikan. Bersyukurlah Kak Wan dan anak2 sebab Allah telah menyelamatkan DS Anwar dari fitnah yang maha besar ini walaupun terpaksa berpisah dari keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan anonymous 11:29 ...sekiranya anuar ibrahim berada diluar penjara tentu semuanya ini salah anuar...dasar manusia tak rasa bersalah walauoun hakikatnya penyamun...

      Delete
    2. ada lojiknya...................

      Delete
  3. alhamdullillah, segala puji hanya kepada Allah.

    ReplyDelete
  4. najib pencuri duit rakyat dia wajib di hukum dengan berat.

    ReplyDelete
  5. TS Muhyi anak tokguru? Lagi la hamba tak percaya, sama aje anak2 TGNA & TGHH..

    ReplyDelete
  6. Nampak sangat politik ampu, bodek dan tak boleh ditegur menguasai pemimpin.

    ReplyDelete
  7. Inilah kesannya jika melaksanakan cara hidup SEKULAR dlm kehidupan seharian. Pelembagaan Negara yg di dukung Oleh Kerajaan UMNO Mereka menolak Syariat Islam sebagai satu cara hidup........ Lihat ....... Perlembagaan Kerajaan UMNO membentuk Negara.
    PELEMBAGAAN kebangaan KERAJAAN
    UMNO membentuk Negara. 1957

    Article 11: Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warga negara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan UMNO (Drangka oleh Lord Reaid –Kafir British) yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957.

    Perlembagaan itu lah juga membentuk pemikiran Melayu UMNO. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Pelembagaan itu sudah melahirkan umat Islam seperti org. UMNO sekarang. Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal.

    Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

    Maksud agama rasmi kita Islam: adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
    Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. ikut cara hidup Barat yg SEKULar .......Syariat Islam dipelekehkan ..... Pelbagai alasan untuk menafikan perlaksanaannya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...