Saturday, 18 July 2015

Rupanya Ahli Umno Pun Terlibat Sama


Rupanya Ahli Umno Pun Terlibat Sama. Jurucakap polis Thailand Prawuth Thavornsiri mengatakan ahli Umno adalah salah seorang daripada 10 pembeli maklumat berkaitan PetroSaudi International daripada bekas pengarahnya Xavier Andre Justo, lapor akhbar Singapura, Straits Times (ST).

Menurut akhbar tersebut, Justo memberitahu polis Thailand beliau menjual maklumat kepada kumpulan tersebut selepas gagal memeras ugut Petro Saudi sebanyak 2.5 juta matawang Swiss sebagai tukaran untuk tidak mendedahkan maklumat.

"Kebanyakan mereka, kira- kira 10 individu adalah daripada media dan mereka yang dalam lingkungan parti sama dengan perdana menteri," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

ST melaporkan juga, Prawuth menolak untuk mengenal pasti 10 individu terbabit namun berkata rundingan untuk membeli maklumat daripada Justo dirancang di Singapura dan Thailand.

Rupanya Ahli Umno Pun Terlibat Sama

Jurucakap polis Thailand itu turut berkata, transkrip perbualan daripada mesej aplikasi WhatsApp Justo, selepas kumpulan terbabit mengesahkan maklumat yang diinginkan mereka akan berbincang tentang cara pembayaran."Mereka bercakap banyak kali di WhatsApp.


Kita ada bukti mereka berkata mahu membayar itu dan ini, berpura- pura seolah jual dan beli."Prawuth juga ditawarkan untuk berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Singapura.Antara lain, jurucakap polis Thailand itu menolak untuk mengesahkan sama ada Sarawak Report antara 10 terbabit membeli maklumat daripada Justo.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...