Monday, 6 July 2015

Rahim Thamby Chik Saran Najib Letak Jawatan


Rahim Thamby Chik Saran Najib Letak Jawatan. Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau melepaskan jawatan yang dipegangnya iaitu sebagai ketua menteri Melaka dan ketua Pemuda Umno ketika terpalit dengan tohmahan rasuah dan skandal pada 1994.

Menulis di laman Facebooknya, Rahim berkata beliau pada masa itu melepaskan jawatannya dengan rela hati bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Ketika saya menjadi ketua menteri Melaka dan ketua Pemuda Umno, terdapat tohmahan, rasuah dan skandal. Saya lepaskan kedua-dua jawatan buat sementara bagi membolehkan penyiasatan dilakukan," katanya dipetik daripada laman Facebooknya.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas tujuan kenyataannya itu, namun reaksi beliau dipercayai sebagai saranan merujuk kepada skandal terbaru yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan Wall Street Journal (WSJ).

Jumaat lalu WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.

Pendedahan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pemimpin dalam Umno dan pembangkang.

Meskipun ramai pemimpin Umno yang tampil mempertahankan Najib berhubung pendedahan tersebut, bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta perdana menteri itu membuat penjelasan.

Rahim Thamby Chik Saran Najib Letak Jawatan


Ketua Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.

Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak semua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.


Rahim yang pernah mencetuskan kontroversi kerana menjadi antara salah seorang Datuk T menayangkan video seks mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2011 berkata setelah siasatan membuktikan dirinya tidak bersalah beliau kembali memegang jawatan tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau terperangkap dengan Anwar pada ketika itu timbalan perdana menteri yang memintanya untuk menandatangani surat pelepasan jawatan kerana mendakwa ia arahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Setelah penyiasatan dibuat bersihkan diri saya, saya menyambung semula mandat jawatan ketua Pemuda Umno tapi tertipu oleh Anwar Ibrahim untuk letak jawatan ketua menteri Melaka.

"Anwar panggil saya di pejabat timbalan perdana menteri dan beritahu perdana menteri (ketika itu Dr Mahathir) untuk letak jawatan ketua menteri sebab sudah jadi liabiliti parti kerana angkara media.

"Saya akur bila Anwar paksa saya tulis tangan peletakan jawatan saya di depannya. Malangnya selepas itu Dr Mahathir kata dia tidak pernah arah pun," katanya.


Iklan B (ii)







2 comments:

  1. Kalaulah DS Anwar boleh akses internet dlm sel penjaranya tika ini, hamba rakyat yakin dia akan menjawabnya...Ye ke Tidak..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...