Wednesday, 15 July 2015

Petanda PAS Bakal Tersingkir Dalam Pakatan Pembangkang?


Petanda PAS Bakal Tersingkir Dalam Pakatan Pembangkang? PKR mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB), yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS dan memberikan komitmen untuk menyertai jelajah mereka selepas Aidilfitri ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau mengenali secara rapat pemimpin dalam gerakan tersebut dan bersama-sama berjuang untuk kepentingan rakyat.

"Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Gerakan yang diketuai Mohamad Sabu dan dipimpin tokoh yang lama berjuang menentang Umno dan BN ini perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tokoh dalam GHB juga mempunyai rekod yang cemerlang lebih baik daripada tokoh muda lain.

"Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini.

"Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama daripada saya dan pimpinan muda yang lain," katanya.

Petanda PAS Bakal Tersingkir Dalam Pakatan Pembangkang? 

Kenyataan Rafizi itu dikeluarkan ketika perpecahan jelas berlaku dalam PKR dalam isu GHB kerana kumpulan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali lebih memihak kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS.

Rafizi turut mengalu-alukan perjuangan GHB dan memberi sokongan untuk bersama-sama meraka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.


"Saya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang rakyat menumpaskan Umno dan BM menjelang PRU14.

"Saya akan menyertai jelajah yang dianjurkan Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri," katanya.

Beliau turut memberi bayangan, GHB ini akan merintis muafakat baharu yang menurutnya akan "menyatukan semua pihak" untuk menentang Umno.

GHB dicetuskan idea penubuhannya susulan tewasnya pemimpin progresif PAS dalam pemilihan parti Islam itu ketika muktamar tahunan mereka pada Jun.

Hubungan keruh di antara PAS dan DAP yang mana akhirnya menyaksikan musnahnya Pakatan Rakyat (PR).

Keadaan ini mengakibatkan pemimpin progresif PAS ini mengambil pendirian menubuhkan GHB untuk membolehkan kerjasama parti pembangkang dapat diteruskan.


Iklan B (ii)







2 comments:

  1. TAJUK PAKATAN BER-4
    Elok tubuh parti baru dan Pakatan Rakyat jd pakatan berempat. Pas nak bersama boleh keluar pun boleh. Jadi kuasa tawar menawar akan seimbang. Selangor contoh adun Pas yg dibaruakan tak akan dipilih semula dlm PRU akan dtg jd join parti baru yg bergabung maka pasti kuasa tawar menawar dan status quo mereka kekal boleh bertanding semua atas tiket parti baru. Pas terpaksa terima kerana ini pakatan ber-4. Kerana pas berkurangan ADUN maka satu exco perlu diberi pada Parti Baru jd Pas wajar dpt 2 exco sahaja.
    Jawatan-jawatan utama spt di GLC negeri di selangor yg asal milik PAS perlu diberi 1/3 kepada Parti baru. Pas kekal 2/3 sebagai menghormati gabungan.
    Begitu juga lain-lain ahli parlimen boleh terus kekal bertanding dlm next PRU atas kapasiti pemuafakatan Pakatan ber-4.
    Pas ada pilihan untuk keluar tapi semua tahu PAS akan terus kusam jika sendirian dan Kelantan pun boleh terlepas. Jika bergabung dengan UMNO lagi hancur kerana mungkin pimpinan sahaja yg berminat tapi grass-root tidak dapat terima.

    Pas tiada pilihan selain bersama Pakatan ber-4 untuk survival, Tapi agihan dan kuasa rundingan cuma tinggal 2/3. Status Quo PKR dan DAP kekal cuma Pas yg perlu berkongsi agihan dgn Parti Baru. Memang parti baru tidak kuat jika sendirian tetapi bersama tongkat dari PKR dan DAP pasti ia kuat dan ada kuasa tawar menawar terutamanya di pantai barat. InsyaAllah

    Membangun Bersama Kepimpinan Cai

    ReplyDelete
  2. politik oh politik... info hangat nie, terbaik...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...