Thursday, 23 July 2015

Perkara Ini Pertama Kali Berlaku Semasa Umno Memerintah.. Saksikanlah


Perkara Ini Pertama Kali Berlaku Semasa Umno Memerintah.. Saksikanlah. Perbicaraan salah laku profesionalime terhadap peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diadakan di bilik mesyuarat Penjara Sungai Buloh semalam kerana masalah keselamatan pengadu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, pengerusi tribunal, Datuk Vijay Kumar Natarajan memaklumkan kepada pihak berkaitan prosiding itu terpaksa dipindahkan ke penjara atas sebab keselamatan.

Anwar memfailkan aduan salah laku profesional dengan Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara tahun lepas terhadap Shafee yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya "ad-hoc" untuk mengetuai pasukan pendakwaan, dalam rayuan kerajaan terhadap pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi atas dakwaan meliwat pada 2012.

Bekas ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan terdapat konflik kepentingan apabila Shafee menerima pelantikan Peguam Negara untuk jawatan itu.

Mahkamah Persekutuan awal tahun ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan dan menyabitkan 5 tahun penjara terhadap Anwar.

Anwar, 67, yang juga ketua umum PKR, kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Sivarasa berkata, beliau membantah perbicaraan itu diadakan di dalam penjara kerana prosiding awal bulan lepas dijalankan di premis lembaga disiplin Majlis Peguam di Kuala Lumpur.

"Tidak ada masalah keselamatan apabila Anwar dibawa keluar dari penjara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sivarasa berkata, pengerusi memberitahunya perbicaraan akan diadakan di balai polis atau bilik mahkamah.

"Kami juga menawarkan premis Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mengadakan prosiding itu," kata ahli Parlimen Subang tersebut.

Perkara Ini Pertama Kali Berlaku Semasa Umno Memerintah.. Saksikanlah

Peguam itu berkata, pendengaran semalam yang berlangsung kira-kira 30 minit, tidak dapat dijalankan kerana Shafee mempunyai masalah dokumen pada saat-saat akhir.

"Saya memerlukan masa mengkajinya," kata Sivarasa.

Beliau berkata prosiding yang dijadualkan semalam juga ditangguhkan kerana Shafee mempunyai kes lain di Mahkamah Rayuan.


Vijay Kumar, yang mengetuai jawatankuasa 3 orang kemudian menetapkan perbicaraan akan datang pada 7 dan 8 Ogos.

Dua lagi ahli jawatankuasa itu yang mendengar dakwaan salah laku Shafee ialah peguam Izzat Othman dan orang awam Ng Kay Yip.

Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee tidak hadir.

Pada 10 Februari tahun lepas, Anwar melaporkan aduan dengan lembaga, mendakwa Shafee tahu terdapat konflik kepentingan kerana dakwaan "sejarah penglibatan" beliau dalam kes liwat pertama pada 1998-1999, dan bersama pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam Liwat II.

Shafee sepatutnya perlu menolak pelantikan tersebut, kata Anwar.

"Beliau melanggar peraturan etika yang mana peguam terikat dengannya," kata Sivarasa sambil menambah kapasiti Shafee sebagai seorang timbalan pendakwa raya tidak mengecualikannya daripada peraturan profesional.

Majlis Peguam awal bulan ini juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Shafee kerana pendakwaan salah laku profesional selepas beliau terlibat dalam jelajah membincangkan kes liwat Anwar.

Beliau dijangka menjawab tuduhan itu akhir bulan ini.

Majlis Peguam merasakan Shafee melampaui batas apabila beliau melakukan siri jelajah mendedahkan keterangan yang diberikan di mahkamah secara tertutup, berikutan sabitan salah terhadap Anwar pada 10 Februari lalu.

Peguam kanan terkejut dengan tindakan Shafee dan memfailkan usul membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam pada 14 Mac.

Shafee, bagaimanapun, memfailkan saman fitnah serta perintah menghalang peguam daripada membincangkan tindakannya di mesyuarat agung tahunan peguam itu.

Pada 23 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Majlis Peguam dan 2 peguam kanan untuk menamatkan injunksi yang diperolehi Shafee bagi menghentikan perbincangan mengenai profesionalismenya.

Sebaliknya, hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan Shafee untuk melanjutkan injunksi itu sehingga selesai saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam, bekas pengerusi Majlis Peguam Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George.

Shafee dikatakan melanggar peraturan Profesion Undang-undang (Publisiti) 2001 yang melarang peguam mempublisitikan diri sendiri atau amalan mereka dalam apa-apa cara.


Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...