Thursday, 30 July 2015

Pelik Tapi Benar.. Ketika Semua Menyerang Najib


Pelik Tapi Benar.. Ketika Semua Menyerang Najib. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan Kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada Umno.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Hadi itu, Lim berkata beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai perkara biasa.

"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan Kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi"."


Pada sidang akhbar di George Town, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin.

Iklan B (ii)







3 comments:

  1. Gila semua benda kena comment terus bukan kena selidik tak habis-habis fitnah TGHH padahal dia tandatangan hudud boleh buat secara private....Addin jadi jurucakap agama ke jurucakap DAP

    ReplyDelete
  2. Jika Islam dan undang-undangnya mahu di daulatkan dan jika UMNO memberi lampu hijau apa salahnya. Kita sebagai orang Islam jangan sekali-kali merasa gerun dengan orang bukan Islam yang mahu meruntuhkan Islam. Terkini mereka semakin berani mencabar kedaulatan Islam. Malang sungguh ada orang islam yang bersekonkol dengan puak ini demi masa depan nafas politik pihak yang kecewa.

    ReplyDelete
  3. TEROPONG TOK BOMOH30 July 2015 at 04:06

    klu golongan ugama bertraf ulama tak semesti jadi pembelot pada perjuangan rakyat marhaen

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...