Thursday, 2 July 2015

Patutlah Minyak Naik.. Ini Puncanya


Patutlah Minyak Naik.. Ini Puncanya. PKR mendakwa kejatuhan kadar matawang negara telah menyebabkan rakyat tidak dapat menikmati kadar harga bahan api yang rendah sehingga membebankan mereka.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani masalah yang berlaku dengan segera dan berkesan.

Katanya, matawang yang rendah akan menyebabkan harga barang import akan meningkat terutamanya makanan mentah kerana negara masih banyak bergantung dengan negara luar.

“Rakyat tidak akan dapat menikmati harga minyak yang murah hasil dari paras harga minyak mentah yang rendah di pasaran dunia kerana nilai matawang ringgit yang rendah.


“Walaupun bukan faktor yang paling dominan, kejatuhan nilai matawang ringgit menyebabkan rakyat Malaysia menjadi mangsa menanggung harga petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Patutlah Minyak Naik.. Ini Puncanya

Pada masa sama, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan bertekad memfailkan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) untuk mewujudkan Tabung Penstabilan Harga Minyak di Parlimen dalam sesi akan datang.

Jelasnya, RUU itu penting ekoran keengganan Najib untuk mengekalkan subsidi minyak petrol.

“Sebagai Menteri Kewangan, Najib telah membuat beberapa keputusan percukaian yang menambah beban kepada rakyat.

“Kenaikan harga minyak ini berlaku pada kala rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang terutamanya akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya.



Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...