Sunday, 5 July 2015

Menteri Kanan Ni Perli Najib Ke?


Menteri Kanan Ni Perli Najib Ke? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya dakwaan berbilion ringgit mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Shafie yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan undang-undang satu kemestian bagi memastikan imej Malaysia tidak buruk di mata masyarakat antarabangsa.

"Datuk Seri Najib perlu mengambil tindakan undang-undang, sekiranya tuduhan itu tidak benar supaya kerajaan tidak dipandang buruk di mata umur dan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyeru rakyat bertenang sehingga siasatan selesai, dan yakin ia akan membongkar kebenaran. Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.


Menteri Kanan Ni Perli Najib Ke? 

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ. 

Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.

Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.


Iklan B (ii)







2 comments:

  1. nak saman wsj?ada berani ke?kalau ikut umnu aku nak bersumpah tapi aku takut pada allah tapi percayalah apa benda yang nak di saman sendiri buat sendiri tanggunglah.

    ReplyDelete
  2. Susah mau siasat selagi PM tidak direhatkan. Beliau ada kuasa untuk menyekat apa2 siasatan yang boleh membawa kemusnahan dia. Mahyudin dan kabinet perlu meminta najib berundur sementara waktu untuk memberi laluan kepada penyiasatan. Jika beliau ingkar maka secara mudahnya beliau ada masaalah sebenarnya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...