Sunday, 5 July 2015

Mahathir Bakal Diseret Ke Penjara.. Ini Buktinya


Mahathir Bakal Diseret Ke Penjara.. Ini Buktinya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang dakwaan terbaru yang beliau mengambil wang dari 1MDB.

Katanya, dakwaan terbaru ialah beliau (Najib) telah mengambil dana negara untuk kepentingan peribadi.

Menurut Najib, beliau percaya Mahathir, dengan bekerjasama dengan rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru itu.

Najib berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini, merujuk kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini yang mendakwa AS$700 juta daripada dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri melalui proksi.

Perdana menteri menyangkal dakwaan itu, dengan menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.


Mahathir Bakal Diseret Ke Penjara.. Ini Buktinya

Katanya, beliau tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politiknya - sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti yang lain, seperti yang disahkan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Najib berkata dakwaan terbaru adalah sebahagian daripada siri dakwaan "yang tidak berasas dan keterlaluan" yang dibuat terhadap beliau dan keluarganya.

"Serangan ini bermula apabila saya enggan untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan peribadi Tun Mahathir.

"Saya tidak mahu, kerana saya tidak percaya ianya baik untuk Malaysia diperintah oleh proksi.

"Tun (foto) kemudian mencipta krisis apabila beliau secara melulu mendakwa bahawa RM42 bilion telah hilang dari 1MDB, sedangkan pada hakikatnya, ini adalah hutang diaudit yang disokong oleh RM51 bilion aset yang diaudit," kata Najib.

Sumber

PM ancam tindakan undang-undang pada pengkritik
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengancam menggunakan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwa beliau mencuri harta negara. 
Beliau memberikan kata dua itu selepas mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad berada di belakang serangan terhadapnya. 
"Pihak yang terus melancarkan serangan ini patut bersedia berdepan dengan akibat tindakan mereka. 
"Taktik kotor ini, sesetengahnya berunsur jenayah, untuk menggulingkan kerajaan akan gagal," katanya dalam kenyataan. 
Najib berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini sebagai menjawab laporan Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini yang mendakwa AS$700 juta dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 
Najib menegaskan bahawa beliau tidak mengambil sebarang wang kerajaan untuk kepentingan peribadi dan menegaskan bahawa ini adalah satu percubaan untuk mengguling beliau. 
"Ia kini jelas bahawa dakwaan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen bersepadu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik," katanya. 
Menurutnya, adalah memalukan bahawa serangan palsu itu didorong oleh kepentingan diri ketika wujud peluang yang unik bagi Malaysia - sebagai pengerusi Asean tahun ini, dan status negara maju yang semakin hampir.
Sumber 
Iklan B (ii)







6 comments:

  1. Kita 50% dari 30 juta rakyat boleh buat report kat PDRM minta siasatan DIRAJA telus ke atas laporan WSJ dan kita daftar dengan ICJ agar siasatan tak "tutup" luang taik !

    ReplyDelete
  2. mulut tempayan boleh ditutup tapi kalau mulut manusia walaupun kamu raja,presiden dan pm sekalipun kamu terimalah dengan fakta.tak betul orang tak kata .

    ReplyDelete
  3. Jangan ckp banyak najib. kalau berani apa nak tunggu lagi. lagi lama lagi banyak menyusahkan kau. kan kau ada power. Ayuhhhh.

    ReplyDelete
  4. Bolih caya ke

    ReplyDelete
  5. Camana Hj H, ada solat hajat tak nak selamatkan IDOLA kita....

    ReplyDelete
  6. seluruh rakyat malaysia berdoa agar najib turun....
    rakyat jadi susah sepanjang najib mentadbir negara....

    GST adalah petaka bencana yg besar buat seluruh rakyat malaysia.....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...