Monday, 13 July 2015

Ketua Polis Negara Terkejut Dengan Berita Ni?


Pascal Najadi, anak lelaki kepada pengasas Ambank Hussain Najadi, berkata beliau tidak sesekali akan pulang ke Malaysia kecuali terdapat kerajaan baru yang berkuasa.

Perkara itu dinyatakan selepas beliau kecewa dengan kerajaan dan polis Malaysia ke atas kegagalan untuk menangkap orang yang mengarahkan pembunuhan bapanya pada 29 Julai 2013.

Dalam wawancaranya dengan melalui Skype dari Rusia dengan Malaysiakini, beliau berkata pihaknya tidak mempercayai kerajaan dan khidmat keselamatan yang ada sekarang."Kerajaan Malaysia perlu ditukar.


Kerajaan yang ada sekarang - saya berhenti untuk memanggil penjenayah - tetapi mereka tidak serius," katanya.

Pascal berang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengumumkan kes tersebut telah selesai selepas polis menangkap penembak Kong Swee Kuan yang dijatuhi hukuman tahun lalu.


Iklan B (ii)







3 comments:

  1. selepas ini akan byk lagi kes bunuh guna pembunuh upahan sebb polis tk minat motif kes, hanya tangkap yg membunuh.

    senang byk lah org2 kaya nk bunuh org lepas ni.

    upah saja bajingan2 murahan, yg mengupah selamat sejahtera.

    nekad beliau tknk balik malaysia sama mcm Dr Munawar Anees yg dizalimi ditudh diliwat anwar. beliau juga nekad tkkan jejak kaki ke malaysia merbahaya ini.

    ReplyDelete
  2. bangau oh bangau kenapa engkau kurus.....tuding menuding tapi yg nyata magsa tidak dibela oleh undeng2...

    ReplyDelete
  3. Minta pencerahan perkara ini tak mahu ianya jadi fitnah, tapi kalau ianya benar amatlah malang negara Malaysia ini yang antara rukun Negarnya ......KELUHURAN UNDANG-UNDANG ??????. DI MANA????????????

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...