Thursday, 2 July 2015

Kenyataan Pelik Dari Ibrahim Ali


Kenyataan Pelik Dari Ibrahim Ali. Masalah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan selesai dengan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Ibrahim Ali, mengulas perbalahan di antara perdana menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Perkasa itu berkata, tidak kira Najib masih perdana menteri atau tidak, BN akan kalah pada pilihan raya umum sekiranya ia gagal menggembirakan rakyat.

"(Dr Mahathir) kata Najib mesti letak jawatan, kalau tidak Umno akan kalah. Tetapi, mesti ada sebabnya, seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Felda Global Ventures, Malaysia Airlines, rumah yang tidak banyak dibina selepas banjir besar Kelantan, peningkatan kos sara hidup, tol.

 "Kalau Najib disingkirkan dan penggantinya tidak dapat menyelesaikan masalah ini sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), tiada bezanya. Kalau Najib boleh selesaikan, dan semua orang gembira, tiada lagi masalah.



"Cabarannnya untuk Najib sekarang ialah menyelesaikan masalah itu, bagaimana buatkan rakyat gembira. Tetapi mungkin bagi Dr Mahathir, semua ini kini mustahil untuk diselesaikan oleh Najib," Ibrahim memberitahu The Malaysian Insider.

Kenyataan Pelik Dari Ibrahim Ali

Katanya, keseluruhan pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Najib semata-mata politik. Sebaliknya, beliau menggesa rakyat menumpukan isu yang menjadi pertikaian seperti 1MDB, bukannya kepada individu tertentu.

Ibrahim  juga mengulangi seruan Perkasa supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai 1MDB, sambil menambah kumpulan itu yang pertama mencetuskan idea itu.

"Kami kritik kerajaan sebanyak mana kami kritik pembangkang. Tetapi mereka label kami alat Umno. Tetapi bila kami kritik kerajaan, tak keluar dalam media arus perdana atau televisyen. Bila kami kutuk pembangkang, mereka bagi kami liputan.

"Tetapi itu bukan salah kami. Kami seimbang. Kami bukan benci orang tak tentu hala."

Sejak beberapa bulan lepas, Dr Mahathir mendesak Najib berundur dan memberi amaran BN akan kalah dalam PRU14 sekiranya beliau terus berkuasa.


Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...