Saturday, 25 July 2015

Dakwaan Xavier Andre Justo Sebagai Bohong.. Ini Buktinya?


Dakwaan Xavier Andre Justo Sebagai Bohong.. Ini Buktinya? Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mustahil untuk meminda dokumen syarikat PetroSaudi International (PSI) seperti yang didakwa oleh bekas eksekutifnya, Xavier Andre Justo.

Menurut Dr Mahathir, perkara itu dilihat mustahil untuk dilakukan memandangkan jumlah dokumen tersebut "banyak".

Sehubungan itu, beliau meminta kepada pihak yang berkenaan supaya menunjukkan dokumen yang didakwa dipinda seperti didakwa Justo.


"Nak pinda dokumen (macam mana), banyak tu, tak boleh," katanya ketika ditemui pemberita di lobi hotel Shangri-La di Kuala Lumpur hari ini.

Dakwaan Xavier Andre Justo Sebagai Bohong.. Ini Buktinya?

Dalam temubual bersama Straits Times Singapura Justo mendakwa pengendali Sarawak Report dan seorang ahli perniagaan Malaysia berbincang untuk “meminda” maklumat dalam dokumen syarikat PSI itu.

Justo ditemu bual akhbar itu di Bangkok, Thailand.

Justo yang menjadi sumber kebocoran maklumat tersebut juga bersetuju untuk menjual dokumen berkenaan, yang didakwanya dicuri dari PSI untuk bayaran sebanyak AS$2 juta (RM7.6 juta).

Justo mendakwa, individu yang ditemuinya awal tahun ini merancang untuk menggunakan dokumen tersebut “sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia” dan mereka juga merujuk kepada usaha untuk “meminda dokumen tersebut”.

Bagaimanapun, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menafikan dakwaan untuk meminda dokumen itu dan mempersoalkan mengapa 1MDB dan PSI masih belum mengemukakan bukti pindaan tersebut.


Iklan B (ii)







4 comments:

  1. Masa zaman dia bolehlah guna kuasa untuk tutup lubang. Cara suka perli orang dah tak boleh pakai dah.

    Yang dok kutip cakap dia puak-puak Red Bean Army. Dia la ni boleh dok syiok sendiri. Nasiblah Tungku dah tak ada, jika tidak dah kena pecat kali ke2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara dah nak jahanam.... kamu ni dok sibuk tunjuk 'kurang pandai' kamu yang terlajak.....jangan komen lagi baik.

      Delete
  2. Yg korang percaya sgt dgn mahathir ni kenapa???

    Dia dah kantoi!!! tak lama lagi masuk penjara...

    Lepas siasatan selesai, dan selepas 1 MDB di sahkan bersih, maka mahathir akan masuk penjara kerana memfitnah....

    Carilah kebenaran ...bukannya terus percaya 100 % aoa yg mahathir tulis....

    ReplyDelete
  3. Anon21:24
    Apa ko ckp merepek ni. Kalau tak tau senyap ajerla. Jgn nak menyerlahkan kekosongan ilmu ko tu. boleh tolong buat research tak sebelum mengomen benda bodoh. Barula tak boleh dibodohkan atau kena tipu ngan orang.
    Bila dah tergadai negara baru nak ternganga ke. Tun M dengan ko mcm langit ngan bumi.ada hati nak mengomen benda merapu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...