Friday, 3 July 2015

Berita Yang Menggembirakan Kem BN


Berita Yang Menggembirakan Kem BN. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali semakin tertekan dengan pengumuman Lim Guan Eng bahawa Pulau Pinang bukan lagi negeri Pakatan Rakyat, dakwa Faekah Husin.

Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berkata, Azmin masih gagal menyelesaikan kemelut politik antara Pas dan DAP yang menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.

Katanya, dengan perkembangan terbaru di Pulau Pinang itu sudah pasti membuatkan Azmin ‘pening kepala’ untuk menyelamatkan kerajaan Selangor.



Menurut Faekah, hubungan tergantung antara Pas dan DAP menimbulkan sikap saling mencurigai sesama EXCO yang sudah semestinya tidak sihat untuk pembangunan negeri dan rakyat.

“Sekarang kerajaan negeri sibuk dengan usaha memperbaiki kerosakan yang mereka cipta sendiri hasil Langkah Kajang yang gagal,” katanya kepada FMT.

Berita Yang Menggembirakan Kem BN

Katanya, dengan perkembangan terbaru itu, Azmin perlu membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti, sama seperti desakan yang dikenakan terhadap Khalid apabila beliau dipecat PKR.

Jelasnya, Azmin perlu menerangkan kepada rakyat apakah bentuk kerja sama dalam kerajaan negeri Selangor yang ada ketika ini selepas PKR dan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud.

“Walaupun krisis DAP dan Pas tiada kesudahannya, Azmin sudah pasti sedang mencari jalan untuk menyelamatkan kedudukannya.

“Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai ‘perunding’ sudah pasti Azmin memiliki banyak idea dan bertungkus lumus membuat tawaran kepada semua pihak. Tidak mustahil Azmin meminta tolong UMNO,” katanya.


Iklan B (ii)






1 comment:

  1. faekah , tlg bagi balik duit tu dulu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...