Saturday, 4 July 2015

Berita Mengejutkan Seluruh Negara


Berita Tergempar Hari Ini. Menyifatkannya sabotaj politik, Putrajaya hari ini berkata, pendedahan Wall Street Journal (WSJ) yang berbilion ringgit disalurkan ke dalam akaun bank Datuk Seri Najib Razak adalah kerja "individu tertentu" untuk melemahkan keyakinan dalam ekonomi, memburukkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata dalam satu kenyataan, media tempatan tidak sepatutnya menerima sebarang dokumen sebagai tulen melainkan jika ia disahkan pihak berkuasa yang berkenaan, susulan portal berita Malaysia memetik pendedahan yang dibuat WSJ dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

"Walaupun kepimpinan perdana menteri berjaya memimpin ekonomi Malaysia menghadapi cabaran global – seperti yang diiktiraf minggu ini melalui kenaikan taraf oleh Fitch – wujud usaha bersepadu individu tertentu untuk melemahkan keyakinan dalam ekonomi kita, mencemarkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

 "Dakwaan terbaru itu, yang memetik penyiasat yang tidak dinamakan sebagai asas untuk menyerang perdana menteri, merupakan kesinambungan daripada sabotaj politik ini," kata PMO dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook.


Berita Tergempar Hari Ini

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa menteri mempersoalkan laporan dalam WSJ dan Sarawak Report itu yang mengatakan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyalurkan wang ke dalam akaun Najib melalui beberapa syarikat lain .

1MDB menafikan dakwaan itu.

"Seperti dilaporkan, jenayah kebocoran dokumen, pengubahsuaian dan pemerasan berlaku bagi mengelirukan media dan orang ramai.

"Oleh itu, wajib bagi pengamal media yang bertanggungjawab untuk tidak menerima dokumen sebagai tulen melainkan jika disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

"Mengenai dakwaan itu, perlu diambil perhatian yang 1MDB sudah menyatakan syarikat itu tidak pernah menyalurkan dana kepada perdana menteri," kata PMO.


Iklan B (ii)






2 comments:

  1. Apa punya bangang punyak kenyataan. Nak tunggu pihak berkuasa sahkan. memang sampai kiamat pihak berkuasa tak akan dedahkan.

    ReplyDelete
  2. Sumpah laknat dah members kesan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...