Monday, 27 July 2015

Berita Paling Melucukan Hari Ini


Pengasas dan pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown tidak boleh diekstradisi ke Malaysia kerana beliau tidak melanggar sebarang kesalahan di United Kingdom atau Malaysia dengan hanya mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata N Surendran.

Peguam yang juga ahli Parlimen PKR itu berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu memanjangkan ekstradisi Rewcastle-Brown itu "melucukan".  "Zahid tidak mampu mengenal pasti kesalahan yang dilakukan Clare di bawah undang-undang negara kita.

Dia hanya kata Clare 'campurtangan dalam hal ehwal negara' dan pendedahannya itu berniat jahat. Ini bukan kesalahan jenayah sama ada di Malaysia atau UK," kata ahli Parlimen Padang Serai itu.


Zahid semalam mengatakan kerajaan mungkin mengekstradisi Rewcastle-Brown kerana campur tangan urusan dalaman negara, sehari selepas NGO Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur meminta kerajaan UK menghalang rakyatnya itu berbuat demikian.

"Adakah Zahid secara serius menjangkakan kerajaan British membenarkan ekstradisi rakyatnya ke Malaysia hanya kerana mendedahkan skandal kewangan berbilion ringgit?" soal Surendran.Beliau berkata, Zahid dan kementeriannya tidak patut membuat ugutan lemah terhadap negara asing kerana ia boleh menjejaskan reputasi negara.

Katanya, kerajaan sengaja mahu mengalih isu menjawab dakwaan yang dibuat Sarawak Report apabila sedaya upaya mencari kesalahan jenayah yang dilakukan laman sesawang pendedah maklumat itu dan pengarangnya.

"Di bawah Akta Ekstradisi UK 2003, individu yang dikenakan ekstradisi perlu dikenakan dakwaan tindakan mengikut undang-undang kesalahan di UK."Kes prima facie mengikut sesuatu kesalahan juga perlu dibuktikan bagi membolehkan hakim daerah UK membuat ketetapan arahan ekstradisi."Namun kes Clare ini jelas bukan kesalahan di bawah undang-undang UK dan disebabkan itu beliau tidak boleh diekstradisi ke Malaysia," katanya.

Rewcastle-Brown dalam responsnya bagaimanapun berkata, kerajaan Malaysia perlu mempunyai sebab yang lebih baik untuk berbuat demikian kerana alasan itu tidak boleh diterima mengikut undang-undang UK.Beliau dan laman sesawangnya dipersalahkan kerana mengubahsuai dokumen 1MDB, yang dicuri warga Switzerland, Xavier Andre Justo, daripada bekas majikannya PetroSaudi International.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...